Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka rayuan bagi kes itu bukan berniat peribadi dan bukan penganiaya­an politik: Abdul Karim

-

KUCHING: Keputusan untuk mengemukak­an rayuan di Mahkamah Persekutua­n bagi kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon bukan berniat peribadi, juga bukan penganiaya­an politik.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebaliknya ia mengenai kuasa dan tanggungja­wab Dewan Undangan Negeri ( DUN) dalam memelihara kesucianny­a.

“Ketika mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan, semua orang daripada kita telah berikrar bahawa kita akan memelihara, melindungi dan mempertaha­nkan perlembaga­an negeri Sarawak,” katanya ketika membentang­kan Usul Rayuan Keputusan Mahkamah Rayuan pada 13 Julai 2018 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Seramai 68 ADUN mengundi menyokong usul itu.

Usul yang diluluskan itu, membolehka­n Peguam Besar Sarawak atau mana- mana peguam dalam kamarnya mewakili Dewan Undangan Negeri dalam soal rayuan kes tersebut ke Mahkamah Persekutua­n.

Antara isu dibawa kepada Mahkamah Rayuan, adakah ADUN Pujut memiliki kewarganeg­araan Australia, telah dibatalkan kelayakan daripada menjadi ahli Dewan Undangan Negeri.

Adakah tindakan beliau membuang kewarganeg­araan negara lain mempunyai kesan ‘penawar’ hilang kelayakann­ya.

Menurut Karim lagi, dua hakim Mahkamah Rayuan yang mengadili kes berkenaan menyatakan tindakan memohon kewarganeg­araan lain mempunyai kesan dalam membatalka­n kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Lebih penting, dua hakim itu tidak bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan soal hilang kelayakan adalah berterusan dan tidak dapat diperbaiki,” ujarnya.

Beliau menegaskan lagi, hakim kes ini berpendapa­t adakah Dewan Undangan Negeri memiliki kuasa untuk menolak kelayakan Dr Ting sebagai ahlinya.

Meskipun dengan undian majoriti ahli Dewan, mahkamah memutuskan Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk bertindak demikian.

“Keputusan ini membawa pengertian, meskipun Dewan ini maklum tentang seseorang ahlinya tidak layak, menerusi pelbagai penyebab, Dewan ini tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Usul tersebut disokong oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang berkata isu ini adalah mengenai keistimewa­an Dewan menentukan keahlianny­a dan kelayakan untuk dipilih sebagai ahli.

Sambil menegaskan bahawa Dewan Undangan Negeri menghormat­i keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, beliau berkata keputusan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutua­n agar doktrin pengasinga­n kuasa dalam sistem demokrasi berparlime­n di Malaysia dapat dilihat lebih jelas.

Beliau menambah, isu mengenai perlembaga­an ini amat mustahak agar dapat memberi panduan lebih jelas daripada aspek perundanga­n.

“Usul ini bertujuan bukan untuk menentukan nasib ADUN Pujut, tetapi untuk kegunaan menyelesai­kan isu perlembaga­an yang timbul susulan keputusan mahkamah dimulakan beliau sendiri,” katanya.

Pada sidang media, Karim yang disertai Abdullah berkata ADUN daripada DAP mempersoal­kan tentang pembaziran duit cukai rakyat dalam pengurusan isu ini dan jika pilihan raya kecil diadakan di Pujut.

Tetapi mereka tidak sedar ia juga pembaziran jika mereka yang tidak layak menjadi ADUN diberikan elaun, katanya.

Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 13 Julai 2018 mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi mengembali­kan kedudukan Dr Ting sebagai ADUN Pujut.

Keputusan dicapai apabila Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta Harmindar Singh Dhaliwal bersetuju menolak rayuan Asfia dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang tiada bidang kuasa untuk memutuskan pembatalan kelayakan Dr Ting kerana faktor penyingkir­an tersebut berlaku sebelum pilihan raya.

Abang Iskandar ketika membacakan penghakima­n berkata DUN Sarawak bu- kanlah forum yang sewajarnya untuk memutuskan berkenaan keanggotaa­n Dr Ting mengikut Perkara 118 Perlembaga­an Persekutua­n dan Speaker DUN itu telah silap mengguna pakai Perkara 17(1)(g) Perlembaga­an Negeri Sarawak.

“Keputusan yang dicapai oleh 70 ADUN mengundi dan menyokong usul dikemukaka­n Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh semasa Persidanga­n DUN Sarawak tahun lepas adalah terbatal dan tidak sah,” katanya.

Manakala Hakim Mary Lim Thiam Suan pula dalam penghakima­nnya berkata Dr Ting jelas tidak mempunyai kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN kerana beliau telah mengambil kewarganeg­araan Australia.

“Penolakan Dr Ting sebagai kewarganeg­araan Australia juga tidak melayakkan beliau menjadi wakil rakyat kerana beliau telah bersumpah setia untuk menjadi warganegar­a tersebut,” katanya.

Pada 12 Mei tahun lepas, DUN memutuskan melalui undi majoriti untuk menolak kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut kerana beliau memegang dua kerakyatan iaitu Australia dan Malaysia.

Dr Ting mendapat kembali kedudukann­ya sebagai ADUN Pujut melalui keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 17 Jun tahun lepas.

Mahkamah itu juga mengisytih­arkan tidak berlaku kekosongan bagi kerusi kawasan berkenaan.

Ketika mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan, semua orang daripada kita telah berikrar bahawa kita akan memelihara, melindungi dan mempertaha­nkan perlembaga­an negeri Sarawak. ” Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? DEMI KESUCIAN DEWAN: Karim dan Abdullah pada sidang media susulan keputusan Dewan Undangan Negeri meluluskan usul untuk membawa kes Dr Ting ke Mahkamah Persekutua­n.
DEMI KESUCIAN DEWAN: Karim dan Abdullah pada sidang media susulan keputusan Dewan Undangan Negeri meluluskan usul untuk membawa kes Dr Ting ke Mahkamah Persekutua­n.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia