Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN PH diingatkan mainkan dua peranan

Mereka harus penuh komited, maruah satukan rakyat, pelihara keamanan, keharmonia­n

-

KUCHING: Ahli Dewan U n d a n g a n N e g e r i ( A D U N ) P a k a t a n Harapan (PH) diingatkan untuk memainkan dua peranan mereka sebagai pembangkan­g dalam DUN dan pemerintah dalam Parlimen persekutua­n.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, mereka seharusnya penuh komited dan maruah untuk menyatukan rakyat serta memelihara keamanan dan keharmonia­n.

“Bukannya menghasut orang ramai untuk menentang apa sahaja yang telah dilakukan, sedang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh Kerajaan Sarawak.

“Mereka juga tidak harus terperangk­ap dalam minda yang menggalakk­an puak menurut jurang politik dan di

Bukannya menghasut orang ramai untuk menentang apa sahaja yang telah dilakukan, sedang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh Kerajaan Sarawak. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

kalangan pelbagai suku kaum di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian d a l a m u c a p a n u s u l penangguha­n Persidanga­n DUN yang berakhir di sini, semalam.

Tambah ADUN Marudi itu, wakil rakyat Pakatan juga harus ingat tentang kewajipan mereka sebagai kerajaan untuk memelihara keamanan, perpaduan dan keharmonia­n jika Malaysia ingin terus maju di samping negara maju lain di rantau ini.

“S a y a j u g a i n g i n mengingatk­an mereka untuk mengotakan kata mereka dan menunaikan janji mereka dalam pilihan raya.

“Ia termasuk dengan mengembali­kan hak Sarawak, mengurangk­an kos sara hidup, memansuhka­n GST, memberi lesen motosikal percuma dan banyak lagi perkara dalam manifesto pilihan raya mereka dan Buku Harapan yang telah mendapat publisiti meluas,” ujarnya.

Penguang berkata, di bawah senario politik sekarang di mana 12 Ahli Parlimen dari PH Sarawak merupakan anggota parti pemerintah dalam Parlimen Malaysia.

Beliau amat percaya, jika mereka benar- benar mempunyai semangat sebagai rakyat Sarawak, kewujudan simbiotik bersama kerajaan GPS ini adalah petanda yang baik untuk Sarawak.

Katanya ia terutama dalam usaha mendapatka­n hak kita dan lebih banyak pembiayaan dalam semangat tulen untuk membangunk­an Sarawak.

“Maka itu saya menyeru kepada semua ahli dalam Dewan mulia ini serta rakyat Sarawak di luar sana tanpa mengira perbezaan politik, untuk bekerjasam­a demi kepentinga­n Sarawak dan rakyatnya,” tegas beliau.

 ??  ?? SELESAI: Penguang (kiri) bersama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis keluar dari lobi Kompleks DUN selepas Persidanga­n DUN berakhir, semalam.
SELESAI: Penguang (kiri) bersama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis keluar dari lobi Kompleks DUN selepas Persidanga­n DUN berakhir, semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia