Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga laporan sampel gigitan anjing disah positif virus rabies

-

KUCHING: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) semalam memaklumka­n bahawa tiga laporan sampel daripada Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI) di Ipoh telah disahkan positif virus rabies.

Menurut kenyataan medianya, tiga sampel positif itu adalah daripada dua kes gigitan anjing liar masingmasi­ng dari Lorong 7, Jalan Sungai Tapang, Kuching dan Lorong 2, Taman Desa Wira, Batu Kawa, Kuching.

Manakala satu sampel positif lagi membabitka­n kes gigitan anjing bertuan dari No.119A, Lorong 66, Jalan Stampin 6A, Kuching.

“Ia menjadikan jumlah keputusan bilangan sampel positif setakat ini adalah sebanyak 159 ekor iaitu 149 ekor anjing dan 10 ekor kuc- ing,” katanya.

Kata kenyataan itu, JPVS mengingatk­an semua pihak supaya mengelak haiwan kesayangan sama ada telah divaksin atau belum daripada bercampur dengan haiwan terbiar selain memerhati perubahan sikap haiwan tersebut daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda bergerak, hidrofobia terhadap air dan cahaya, menyendiri dengan air liur berlebihan dan kelihatan gelisah.

“Haiwan yang menunjukka­n tanda-tanda tersebut hendaklah dilaporkan kepada JPVS di talian 082-612949 atau 082- 611607 dengan segera,” katanya.

JPVS turut mengingatk­an bahawa di bawah Seksyen 37(2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membiarkan anjing lepas bebas dan membawa anjing keluar dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada State Veterinary Authority.

Katanya denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dikenakan jika sabit kesalahan.

“Pemilik anjing hendaklah memastikan anjing mereka disuntik vaksin anti-rabies di kawasan wabak. Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

“Denda tidak melebihi RM2,500 dan anjing yang ditangkap tanpa bukti pemvaksina­n anti-rabies boleh ditahan dan dimusnahka­n,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumka­n bahawa sebanyak 31 kes gigitan baharu dilaporkan semalam di mana penurunan sebanyak sembilan kes atau sebanyak 22.5 peratus berbanding dengan hari sebelumnya.

“Sebanyak 15 kes (48.4 peratus) melibatkan gigitan anjing di mana 13 kes (86.7 peratus) melibatkan anjing peliharaan dan dua kes (13.3 peratus) melibatkan anjing liar.

“Kes-kes lain adalah melibatkan gigitan kucing iaitu sebanyak 15 kes (48.4 peratus) di mana 13 kes (86.7 peratus) melibatkan kucing peliharaan dan dua kes (13.3 peratus) melibatkan kucing liar serta satu kes (3.2 peratus) melibatkan monyet liar,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia