Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Matlamat Pembanguna­n Lestari pada 28 Julai

-

KUCHING: Forum Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) akan diadakan di Hotel UCSI di Isthmus pada 28 Julai ini.

Menurut kenyataann­ya kelmarin, acara sehari itu dianjurkan untuk memperkena­l dan menerangka­n 17 SDG kepada pertubuhan masyarakat awam (CSO) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta orang awam.

Antara lain objektif forum adalah untuk menjana kesedaran awam tentang kepentinga­n SDG di Sarawak selain mengetenga­hkan bagaimana CSO dan SDG berfungsi bersama.

Pada masa yang sama mewujudkan sebuah platform di Sarawak bagi CSO untuk melibatkan diri dengan kerajaan, institusi dan perniagaan ke arah mencapai pembanguna­n mampan.

Pada tahun 2015, PBB telah menetapkan 17 Matlamat Global untuk Pembanguna­n Mampan yang meliputi isu pembanguna­n sosial dan ekonomi seperti kemiskinan, kelaparan, kesihatan, pendidikan, kesaksamaa­n gender, perubahan iklim, air, sanitasi dan keadilan sosial.

Justeru, SDG berhasrat membantu kerajaan dalam usaha mencapai pembanguna­n yang lebih mampan menjelang 2030.

Oleh itu, forum tersebut menyeru agar semua CSO bergabung membentuk satu pakatan strategik yang akan menguatkan suara Sarawak dan menyumbang ke arah negara yang mencapai SDG global.

Forum itu akan menampilka­n enam penceramah tempatan yang akan berkongsi kepakaran masing-masing mengenai Kesaksamaa­n Jantina, Alam Sekitar, Masyarakat Marginal, Kesihatan, Pendidikan dan Keadilan Sosial.

Pengerusi Bersama Perikatan CSO Kebangsaan Datuk Dr Denison Jayasooria akan menyampaik­an ucaptama.

Penyertaan ke forum berkenaan adalah percuma dan ruang terhad masih tersedia.

Mereka yang berminat menyertai forum boleh menghubung­i Stephanie Chong di talian 019-8182929 atau e-mel di cchuiteng@ wwf.org.my untuk keterangan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia