Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka dituntut terlibat sama memajukan diri dalam ekonomi mempunyai peluang luas untuk diusahakan

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Golongan wanita hari ini bukan sahaja berperanan penting dalam memperkuku­hkan institusi kekeluarga­an, malah perlu terlibat secara proaktif dalam bidang perniagaan sekali gus menjadi usahawan berjaya di negeri ini.

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata, perkembang­an zaman tanpa sempadan menuntut golongan wanita terlibat sama memajukan diri dalam bidang ekonomi yang mempunyai peluang yang luas untuk diusahakan.

Jelasnya, Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) merupakan platform untuk membantu dan membimbing mereka meningkatk­an pendapatan secara berterusan dengan menerokai bidang perniagaan dan perusahaan yang dijalankan di kawasan masing-masing.

“Wanita bukan sahaja menjadi seorang ibu, malah kini mempunyai pelbagai peranan yang lebih besar dan mencabar dalam mendidik anak kerana berdepan perubahan persekitar­an di mana semua maklumat dapat diakses dengan cepat dan pantas,” katanya pada Majlis Jamuan Sambutan Hari PPWS Ke-52 dan Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri di Stadium Tertutup Lawas baru-baru ini.

Henry berkata PPWS juga perlu melibatkan diri dalam perniagaan khususnya dalam industri kecil dan sederhana (IKS) yang banyak diusahakan di daerah ini.

“Peranan wanita amat penting dan perkembang­an semasa menuntut mereka terlibat sama dalam aktiviti ekonomi,” katanya.

Beliau mahu PPWS giat menjalanka­n aktiviti untuk menambah ilmu pengetahua­n khususnya dalam aspek literasi, selain memperbany­ak kursus berkaitan kemahiran kepada golongan wanita di daerah

Datuk Henry Sum Agong Ahli Parlimen Lawas

Lawas.

Turut hadir Pengerusi PPWS Daerah Lawas Suriyah Jinin.

 ??  ?? RAIKAN: Henry (sembilan kiri) bersama ahli jawatankua­sa PPWS Lawas memotong kek ulang tahun ke-52 PPWS.
RAIKAN: Henry (sembilan kiri) bersama ahli jawatankua­sa PPWS Lawas memotong kek ulang tahun ke-52 PPWS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia