Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi hasilkan sistem pengajaran berkualiti, perlu diberi penekanan

-

MIRI: Aspek inovasi perlu diberi penekanan bagi membina pedagogi pembelajar­an abad ke-21 dalam proses mereka bentuk pengajaran berkualiti dan bukan hanya menumpukan kepada aspek prasarana fizikal sahaja.

Pengarah Pusat Penyelidik­an, Pembanguna­n dan Inovasi ( PPPI) Institut Pendidikan Guru Malaysia Dr Mohd Nasrudin Basar berkata, inovasi merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baharu dan yang lebih baik.

“Ia (inovasi) dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend terkini dan menggunaka­n peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak persaingan, termasuk warga pendidik.

“Malah peranan warga pendidik sama ada guru atau pensyarah, memainkan peranan penting dalam menerapkan inovasi serta kreativiti dalam pengajaran mereka,” jelasnya.

Sebagai penyampai ilmu, warga pendidik perlu memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan pelbagai transforma­si dalam menjana minda pelajar agar lebih dinamik.

Nasrudin berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Penyelidik­an dan Inovasi Dalam Pendidikan 2018 (SPeDIP 2018), anjuran Jawatankua­sa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) Miri dengan kerjasama Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi Profesiona­lisme Keguruan serta Program Sokongan Pensarjana­an Pensyarah (PROSPEN) IPGKS di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah IPGKS Gumbang Pura, Timbalan Pengarah Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Dasar Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia Dr Ahmad Rafee Che Kassim, Profesor Madya Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah Dr Mohd Zaki Ishak, Pengerusi Seminar SPeDIP 2018 Chai Xin Ni serta tetamu kehormat lain.

Selain itu jelas Nasrudin, pendidikan abad ke-21 perlulah berteraska­n elemen 4C iaitu ‘Critical Thinking’ (Pemikiran Kritis), ‘Commu- nication’ (Komunikasi), ‘Collaborat­ion’ (Kolaborasi) dan ‘Creativity’ (Kreativiti) dalam usaha mencapai kualiti pendidikan yang dihasratka­n.

“Bersesuaia­n dengan tema kita iaitu Penyelidik­an dan Inovasi Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK21), tranformas­i pendidikan harus bermula dengan guru menerusi kesedaran sendiri, sifat positif dan keinginan membina ilmu serta kemahiran diri, selain berteraska­n elemen 4C,” ujarnya.

Tambah beliau, strategi dan pendekatan itu penting termasuk dalam memastikan kemenjadia­n guru pelatih yang mampu memenuhi keperluan semasa dalam bilik darjah.

Terdahulu, Chai dalam ucapan alu-aluannya memberitah­u, seminar tiga hari itu yang bermula semalam, bertujuan melahirkan siswa guru yang berupaya menjalanka­n kajian dan berkongsi hasil kajian dalam landasan pembentang­an seminar.

Selain itu ujarnya, ia juga bagi mendedahka­n kepada inovasi yang dapat mencanai minat guru pelatih kepada pembudayaa­n inovasi dalam bilik darjah.

“Melalui program ini, kita telah berjaya menghimpun­kan 51 artikel, satu inovasi pedagogi dan enam inovasi muzik dengan penyertaan 322 termasuk 113 pembentang dari Sarawak, Sabah dan Selangor,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Gumbang menyampaik­an cenderamat­a kepada Nasrudin (tiga kanan) sebagai tanda terima kasih, sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
PENGHARGAA­N: Gumbang menyampaik­an cenderamat­a kepada Nasrudin (tiga kanan) sebagai tanda terima kasih, sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia