Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 350 peserta menyertai ‘Plogging Eco Run’

-

KUCHING: SECA- PPKS ‘Plogging Eco Run’ buat julung kali diadakan pada 14 Julai lalu, telah bermula dengan penyertaan lebih 350 peserta yang ingin memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar dan menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat.

Dalam kenyataan medianya semalam, acara ‘Plogging Eco Run’ dianjurkan bersama Sarawak Electronic­s and Supporting Industries Companies Associatio­n (SECA) dan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS).

Peserta untuk acara itu terdiri daripada kakitangan SECA, PPKS dan orang ramai.

Dalam ucapannya sebelum memulakan acara larian di Godown Amphitheat­re, Tebingan Kuching, Presiden SECA dan Ketua Pegawai Eksekutif X-Fab Sarawak Mike Young berkataaca­ra‘PloggingEc­oRun’ merupakan satu inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) antara SECA dengan PPKS untuk menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat.

Ia katanya, adalah satu penghormat­an bagi semua yang hadir untuk memainkan peranan masing-masing bagi melindungi masyarakat dan dunia.

Menurutnya, ini adalah kali ketiga SECA dan PPKS menganjurk­an acara untuk membawa perbezaan dalam masyarakat.

Young juga menekankan ‘Plogging Eco Run’ yang dianjurkan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2018, merupakan kombinasi joging dan mengutip sampah.

“I a a d a l a h c a r a menyeronok­kan yang menggabung­kan senaman dengan kegiatan alam sekitar yang sihat.

“Selari dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2018 iaitu ‘Beat Plastic Pollution’, acara ini dijangka menyumbang kepada usaha menjadikan Kuching lebih bersih dan lebih hijau,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam ucapannya baru-baru ini sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2018 menekankan bahawa dunia mesti bersatu untuk menangani pencemaran plastik.

Katanya Setiausaha Agung PBB itu juga menegaskan bahawa “dunia kita dibanjiri sisa plastik yang memudaratk­an dan jika trend sekarang berterusan, menjelang 2050 lautan kita kan dipenuhi lebih banyak plastik berbanding ikan”.

“Maka itu, semua kita ada peranan untuk dimainkan dalam usaha melindungi satusatuny­a tempat tinggal kita,” kata Young.

Beliau dalam pada itu mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta, pengurusan Tebingan Kuching, Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), syarikat SECA dan PPKS atas sokongan mereka yang padu.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri dan pengarah urusan daripada pelbagai syarikat ahli SECA.

Sementara itu, berkongsi mengenai acara ‘Plogging Eco Run’, Hallman berkata: “Acara pada pagi ini menyediaka­n pentas bagi banyak inisitiati­f bersama antara SECA dengan PPKS untuk menjaga alam sekitar.

“Sesunguhny­a, ia memerlukan semua kita untuk sama-sama menunjukka­n matlamat yang mulia menjadikan Kuching sebuah bandar raya yang lebih sihat dan hijau.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia