Utusan Borneo (Sarawak)

Komunikasi penting tingkatkan kesedaran pekerja terhadap isu, cara mengendali­kan risiko serta bahaya di tempat kerja

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Komunikasi amat penting dalam meningkatk­an kesedaran pekerja terhadap isu dan cara mengendali­kan risiko serta bahaya di tempat kerja.

Timbalan Pengarah Urusan Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) Joe Ling Siew Loung berkata, melatih pekerja tentang penjagaan keselamata­n diri sebenarnya tidak memadai.

Sehubungan itu, amat penting pekerja menyedari bahasa komunikasi atau bahasa keselamata­n ketika berdepan dengan sebarang risiko di tempat kerja.

“Proses komunikasi keselamata­n diibaratka­n seperti lampu isyarat di jalan raya, anda perlu merancang destinasi, bertindak balas dengan isyarat serta mengubah laluan mengikut keperluan.

“Ia memakan masa namun paling penting pekerja memahami dan menyedari kepentinga­n keselamata­n di tempat kerja dalam mengurangk­an kemalangan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa melancarka­n Kempen Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Sekuriti dan Alam Sekitar (QHSSE) di Eastwood Valley Golf & Country Club, semalam.

Joe berkata, soal keselamata­n pekerja bukan perkara yang boleh dipandang mudah sebaliknya ia adalah tanggungja­wab semua pihak termasuk DESB.

Sehubungan itu, kempen itu sejajar dengan matlamat syarikat untuk meminimumk­an kadar kemalangan dan kecederaan di lokasi kerja.

“Kita mahu mewujudkan budaya atau amalan yang selamat di tempat kerja, seter-

Proses komunikasi keselamata­n diibaratka­n seperti lampu isyarat di jalan raya, anda perlu merancang destinasi, bertindak balas dengan isyarat serta mengubah laluan mengikut keperluan. Joe Ling Siew Loung Timbalan Pengarah Urusan DESB

usnya meminimumk­an dan mengurangk­an risiko kemalangan melibatkan pekerja,” ujarnya.

Sempena kempen QHSSE itu, turut diadakan aktiviti membersih pantai di Miri, derma darah di Bintulu, pertanding­an golf kebajikan, pertanding­an hilang berat badan, lawatan ke sekolah angkat di Lambir dan lawatan ke lokasi kerja di Labuan, Kota Kinabalu, Bintulu dan luar pantai.

Joe berkata, aktiviti membersihk­an pantai di Marina Central Park sudah dilaksanak­an pada 30 Jun dan program seterusnya iaitu derma darah di ibu pejabat DESB di Labuan pada 4 Julai dan 4 Ogos di Kota Kinabalu serta lawatan ke Bank Darah Bintulu.

DESB turut melawat sekolah angkat iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Lambir dan program setengah hari itu bertujuan meningkatk­an kesedaran bahaya dan risiko di sekolah dalam kalangan pelajar tahun empat hingga tahun enam.

Hadir sama ialah pengerusi Penganjur QHSSE Patrick Leong serta lebih 100 kakitangan DESB, swasta dan agensi kerajaan.

 ??  ?? RASMI: Joe (sembilan kanan) melihat persembaha­n visual di skrin gergasi sebagai simbolik perasmian Kempen QHSSE di Miri semalam.
RASMI: Joe (sembilan kanan) melihat persembaha­n visual di skrin gergasi sebagai simbolik perasmian Kempen QHSSE di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia