Utusan Borneo (Sarawak)

Trienekens capai satu juta jam kerja selamat tanpa LTI

-

KUCHING: Bahagian Logistik dan Perkhidmat­an Kuching Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd berjaya mencapai satu juta jam kerja yang selamat tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI).

Untuk memperinga­ti pencapaian itu, syarikat menganjurk­an makan tengah hari bersama kakitangan bahagian berkenaan di ibu pejabatnya yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Stephen Chin.

Dalam ucapannya, Chin mengucapka­n tahniah kepada pasukan atas kejayaan mereka, sambil menambah bahawa kejayaan itu dicapai dengan penuh makna kerana ia menandakan usaha kolektif mereka dalam mendapatka­n keputusan cemerlang dalam persekitar­an rumit yang penuh dengan cabaran harian.

“Pencapaian ini hanya dapat dilakukan melalui sikap positif, kerja keras dan ketekunan anggota pasukan kami.

“Dengan salah satu misi Trienekens untuk mengejar kualiti dan keselamata­n dalam semua aspek pekerjaan, pencapaian ini juga merupakan pengesahan selanjutny­a mengenai persekitar­an kerja yang luar biasa dalam syarikat yang disahkan ISO 9001:2015,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n semalam.

Sementara itu, Pengurus Kanan HSE Trienekes Harris Michael berkata:

“Dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, kami telah memfokuska­n budaya kesihatan dan keselamata­n kami ke arah yang lebih proaktif, cuba mengenal pasti dan membetulka­n punca kejadian sebelum keputusan yang lebih serius dapat dilakukan.”

Dengan menerima penambahba­ikan itu dan menerima perubahan dalam amalan kerja yang selamat katanya, pekerja secara aktif menghalang kemalangan daripada berlaku.

“Pada masa sama, ia dapat membuktika­n untuk menjalanka­n aktiviti harian pekerja dengan minda yang mengutamak­an keselamata­n,” katanya.

Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd adalah syarikat pengendali Sistem Pengurusan Sisa Bersepadu ( IWMS) di Sarawak, sebuah sistem pengurusan alam sekitar yang holistik yang mengintegr­asikan pemeroleha­n, pengangkut­an dan pelupusan sisa perbandara­n dan berbahaya menggunaka­n teknologi moden.

Selain menyediaka­n perkhidama­tan pengurusan sisa perbandara­n untuk tiga pihak berkuasa tempataan terbesar di bandar raya ini, Trienekens juga merupakan penyedia perkhidmat­an untuk pengurusan ‘hazardous waste’ yang meliputi Malaysia Timur termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Anggota Bahagian Logistik dan Perkhidmat­an Kuching Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd merakam kenangan selepas mencapai kejayaan satu juta jam kerja yang selamat tanpa LTI di Kuching.
UNTUK ALBUM: Anggota Bahagian Logistik dan Perkhidmat­an Kuching Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd merakam kenangan selepas mencapai kejayaan satu juta jam kerja yang selamat tanpa LTI di Kuching.
 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Judy Hendry (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Luhat (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain.
SELAMAT MAJU JAYA: Judy Hendry (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Luhat (tiga kiri) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia