Utusan Borneo (Sarawak)

Penerangan Kapit meraikan dua pegawai berpindah ke Kuching

-

KAPIT: Jabatan Penerangan Malaysia Kapit kelmarin menganjurk­an majlis bagi meraikan perpisahan dua pegawainya yang akan berpindah tempat bertugas di Kuching.

Mereka ialah Luhat Lihan daripada Jabatan Penerangan Daerah Belaga dan Joseph Laga daripada Jabatan Penerangan Daerah Song.

Luhat yang juga berasal dari Belaga sebelum ini pernah bertugas di Jabatan Penerangan Daerah Belaga, diikuti Long Lama di Baram, Kuching dan kembali semula bertugas di Belaga.

Kini Luhat akan kembali semula ke Kuching untuk bertugas di Penerbitan Dasar Negara (PDN).

Manakala Joseph Laga daripada Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Song akan berpindah ke Jabatan Penerangan Malaysia di Kuching.

Luhat dalam ucapan perpisahan­nya turut menasihati semua kakitangan Jabatan Penerangan supaya menjalanka­n tugas dengan bero- rientasika­n sikap rendah diri dan menjalanka­n tugas dengan produktif untuk menjaga nama baik jabatan.

“Jadilah penjawat awam yang bertanggun­gjawab, produktif dan berprestas­i tinggi. Jangan hanya duduk menunggu gaji sahaja,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Pegawai Penerangan Bahagian Kapit Judy Hendry Encharang menyampaik­an cenderamat­a kepada Luhat dan Joseph.

Majlis yang diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Penerangan Kapit itu turut dihadiri semua kakitangan jabatan tersebut di sini.

Majlis dimeriahka­n lagi dengan kehadiran semua pengerusi Komuniti 1Malaysia dari Nanga Melekon Baleh, Nanga Antaroh Baleh, Taman Indah Jalan Selirik, Kapit Bazaar, Rumah Manok Manchal Ulu Sungai Yong, Sungai Kapit, Kampung Melayu, Sungai Bena Sut, Genturong Sekaban dan Kampung Sawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia