Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tikam: Polis buru dua lelaki Myanmar

-

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu dua lelaki Myanmar pemegang kad Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian ( UNHCR) yang dipercayai terbabit dengan kes samun dan tikam seorang peniaga durian di Selayang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dua suspek itu dikesan susulan penahanan seorang rakannya di hadapan premis kereta terpakai, di Pusat Bandar Utara, berhampira­n Pasar Borong Selayang, dekat sini, pada kejadian jam 7.58 pagi.

“Kedua- dua suspek ini dikenali sebagai Farouk dan Ali yang berusia lingkungan 20-an serta dipercayai telah tinggal di negara ini antara dua hingga tiga tahun,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata polis menerima satu laporan melibatkan ketiga-tiga penganggur berkenaan dan akan memanggil pengadu yang membuat laporan untuk membuat pengecaman salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan di lokasi kejadian.

“Kita sedang siasat sama ada suspek-suspek ini terbabit dengan kes lain selain kejadian semalam,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki Myanmar pemegang kad UNHCR berjaya diberkas polis sejurus selepas menyamun dan menikam seorang peniaga durian di lokasi kejadian.

Mangsa lelaki tempatan berusia 23 tahun ditikam beberapa kali di belakang badan dan bahu oleh suspek berusia 21 tahun itu untuk merampas beg mangsa yang mengandung­i wang tunai hasil jualan durian.

Kejadian disedari anggota polis dan orang awam yang kemudian menangkap suspek yang cuba melarikan diri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBURU: R. Munusamy (kanan) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa menunjukka­n gambar dua orang suspek warga Myanmar bagi kes samun dan tikam peniaga durian di Pasar Borong Selayang di Ibu Pejabat Daerah Sentul di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DIBURU: R. Munusamy (kanan) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa menunjukka­n gambar dua orang suspek warga Myanmar bagi kes samun dan tikam peniaga durian di Pasar Borong Selayang di Ibu Pejabat Daerah Sentul di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia