Utusan Borneo (Sarawak)

Senjata api, peluru hidup ditemui dalam kemalangan di LPT1

-

KUANTAN: Polis menemui dua pucuk senjata api dan lebih 100 peluru hidup dalam sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 132.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), berhampira­n Temerloh malam kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmod berkata dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan yang berlaku pada lebih kurang jam 8.30 malam itu, polis menemui sepucuk pistol Smith & Wesson, selaras pump gun bersama dua butir peluru di dalamnya.

“Turut ditemui 23 butir peluru jenis Rimba 12 Bore, 35 butir peluru Mega 12 Bore, sebutir peluru Buck Shot 12 Bore, dua kotak yang mengandung­i 88 butir peluru jenis 9mm Br.C S&B.

“Siasatan awal mendapati senjata api dan peluru hidup berkenaan adalah milik sah ahli perniagaan berkenaan berdasarka­n penemuan kad senjata milik mangsa.

“Kesemua senjata api berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada bahagian perlesenan dan persenjata­an Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku berhampira­n Hentian Rehat dan Rawat ( R& R) Temerloh malam tadi, dua mangsa maut dalam kemalangan yang melibatkan empat kenderaan.

Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan ulititi sukan (SUV) Low Kim Boon, 65, seorang ahli perniagaan daripada Taman Bukit Istana, Kuantan dan pemandu Perodua Myvi, Nor Rashila Rosdan, 22, seorang pelukis pelan daripada Setiawan, Perak.

Masing- masing meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang alami pada bahagian kepala ekoran tercampak keluar dari kenderaan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibedah siasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia