Utusan Borneo (Sarawak)

Dituduh curi tangga, dua lelaki direman tiga hari

-

MIRI: Dua lelaki yang ditangkap kerana disyaki mencuri satu tangga aluminium dari sebuah rumah di Tudan diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohd Khairul Wahab dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, seorang lelaki warga emas telah membuat laporan polis di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 2 pagi, 17 Julai lalu, beliau telah dikejutkan tiga anggota Jawatankua­sa Penduduk (JKP) yang membuat rondaan di kawasan sekitar kediamanny­a.

Menurut pengadu, 72, semasa membuat rondaan, tiga anggota JKP terbabit ternampak tiga lelaki berkelakua­n mencurigak­an keluar dari rumah pengadu dengan menuruni tangga.

Sebaik menyedari kehadiran anggota JKP, tiga lelaki terbabit melarikan diri dengan dua daripada mereka menaiki sebuah motosikal sambil membawa satu tangga aluminium dan seorang lagi melarikan diri ke kawasan semak.

Pengadu dengan bantuan tiga anggota rondaan berjaya menangkap dua daripada lelaki terbabit dan kemudian membawa mereka ke Balai Polis Lutong untuk tindakan lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya, Khairul memberitah­u memandangk­an siasatan lanjut tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, justeru memohon reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua-dua suspek untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari sehingga 20 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia