Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu Grab ditahan bersama dadah di Bukit Mertajam

-

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu Grab dan merampas dadah jenis ketamin, pil ekstasi dan pil eramin 5 bernilai RM5,700 di dalam sebuah kereta jenis Kia Optima di tempat letak kenderaan di Jalan Bayu Mutiara, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu membuat pemeriksaa­n ke atas lelaki berusia 32 tahun yang berada di tempat pemandu kereta berkenaan kerana berada dalam keadaan mencurigak­an.

“Kereta itu berada di tempat parkir di situ dan dalam pemeriksaa­n pukul 10 malam itu, polis menemui 26 paket dadah jenis ketamin seberat 50 gram, 20 biji pil ekstasi dan lima biji eramin 5, kesemuanya bernilai RM5,700 dan kami turut merampas wang tunai sebanyak RM9,172 bersama lelaki itu,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan, lelaki itu berada di situ untuk menghantar bekalan dadah berkenaan kepada pembelinya dan ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis ketamin.

Katanya lelaki itu mendapatka­n bekalan bahan terlarang tersebut daripada sindiket pengedaran dadah dan membungkus­nya semula sebelum menjual kepada pelanggann­ya di sekitar SPT dan Seberang Perai Utara sejak beberapa bulan lepas.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan 15 penagih dadah termasuk tiga wanita berusia 17 hingga 50 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar Machang Bubok dan Seberang Jaya, antaranya di sebuah tokong di Taman Seri Impian kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia