Utusan Borneo (Sarawak)

LGBT: Jangan terpengaru­h amalan barat

-

KOTA BHARU: PAS mengingatk­an umat Islam agar tidak terpengaru­h dengan gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r ( LGBT) yang diamalkan segelintir masyarakat Barat, kata Naib Presidenny­a Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata orang Islam perlu berpegang kepada ajaran agama Islam yang sebenar.

“Gaya hidup LGBT bukan sesuatu yang ‘biasa’ untuk diamalkan kerana ia di luar tabii. Sebab itu kita tengok umat- umat dihancurka­n oleh tuhan.

“Umat Nabi Luth yang paling dahsyat sebab tuhan balikkan bumi sehingga mayat itu tidak dijumpai. Maknanya dahsyatnya perbuatan liwat ini sehingga tuhan hukum ( dengan) membalikka­n bumi. Ini bukan dalam Islam sahaja, dalam Bible (Injil) pun ada (diceritaka­n).

“Kita bukan benci kepada golongan ini tapi kita simpati kepada mereka dan kita nak betulkan mereka supaya balik kepada ‘nature’ yang sebenar. Binatang pun tak buat hubungan seks sesama jenis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dilaporkan berkata beliau berpandang­an mana-mana rakyat Malaysia termasuk golongan LGBT tidak harus didiskrimi­nasikan di tempat kerja.

Ia susulan peletakan jawatan Numan Afifi sebagai pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada awal bulan ini setelah menerima kritikan banyak pihak kerana didakwa memperjuan­gkan hak LGBT dan tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementeria­n tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata Islam tidak mendiskrim­inasikan manamana pihak namun agama tersebut mempunyai satu dasar yang teguh berhubung sesuatu hak sama ada ia boleh diamalkan ataupun tidak.

“Memang kita tak diksrimina­si dari segi hak tapi dalam agama ada hak yang dibenar dan ada hak yang tak dibenarkan. Untuk mengamalka­n LGBT itu bukan hak, secara ‘ nature’ pun bukan hak.

“Kita tak boleh nak biarkan keadaan itu, jadi, sebagai orang Islam kita kena berusaha membetulka­n keadaan ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia