Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak kastam akan mencari tambahan RM3 bilion daripada ketirisan hasil import eksport negara

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakk­an usaha untuk mengecilka­n jurang perbezaan hasil antara cukai barang dan perkhidmat­an (GST) dengan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST), kata Ketua Pengarahny­a Datuk Seri T.Subromania­m.

Beliau berkata pihaknya juga akan mencari tambahan RM3 bilion daripada ketirisan hasil import eksport negara.

Subromania­m berkata ia adalah antara janjinya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengadakan pertemuan pertamanya dengan Lim sejak dilantik menerajui Kementeria­n Kewangan.

“Orang ramai tahu jurang pendapatan menerusi SST rendah berbanding GST dan JKDM akan mencari pertambaha­n pendapatan,” katanya dalam Program ‘Breakfast Talk Integriti’ yang berte- makan Membantera­s Ketirisan Hasil Negara di sini semalam.

Subromania­m adalah antara tiga panel program itu yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia Datuk Akhbar Satar. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin merupakan moderator program itu.

Subromania­m berkata dalam pertemuan mereka, Lim bertanyaka­n mengenai pendapatan GST dan berapa banyak hasil daripada SST dijangka dapat dikumpulka­n.

“Saya berkata ada jurang. Menteri berkata bagaimana cara hendak menampung jurang itu. Beliau (Lim) turut menanyakan berapa banyak kehilangan hasil cukai, namun angka-angka itu tidak boleh didedahkan. Oleh itu, Lim meminta JKDM mengatur strategi bagi menampung kehilangan hasil daripada pemansuhan GST,” katanya.

Lim sebelum ini mengumumka­n cadangan SST akan dikuatkuas­akan pada kadar 10 peratus untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmat­an, apabila rang undang-undang berkenaan cukai itu dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan.

SST akan menggantik­an GST yang mula diperkenal- kan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

Subromania­m berkata beliau akan mengeluark­an keputusan polisi dalam masa terdekat ini tentang langkah seterusnya dalam memantapka­n lagi serta menambah hasil negara.

Pada forum berkenaan, Subromania­m berkata kerajaan sentiasa menekankan kepada tadbir urus yang baik, kompetensi, akauntabil­iti, ketelusan serta tiada ruang untuk salah guna kuasa dan rasuah.

Menurutnya, pada pertemuan dengan Lim, beliau mengakui bahawa JKDM merupakan agensi yang terdedah dengan salah guna kuasa dan rasuah, serta mempunyai masalah integriti.

“Kita perlu mengakuiny­a sebab kalau kita selindungn­ya, kita tidak akan menjumpai jalan penyelesai­annya.

“Kastam sering dituduh sebagai agensi berdepan dengan salah guna kuasa dan rasuah. Tuduhan itu memang ada kebenaran. Saya tidak menafikan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai isu barang kemas yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor selepas program itu, Subromania­m yang enggan mengulas lanjut berkata kes itu masih disiasat oleh pihak kastam.

“Bukan hari ini. Kami masih menyiasat,” katanya.

Bulan lepas, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah di Mahkamah Tinggi menuntut isteri bekas perdana menteri memulangka­n kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta). — Bernama

Saya berkata ada jurang. Menteri berkata bagaimana cara hendak menampung jurang itu. Beliau (Lim) turut menanyakan berapa banyak kehilangan hasil cukai, namun angka-angka itu tidak boleh didedahkan. Oleh itu, Lim meminta JKDM mengatur strategi bagi menampung kehilangan hasil daripada pemansuhan GST. Datuk Seri T.Subromania­m Ketua Pengarah JKDM

 ??  ?? PROMOSI: Kakiangan SugarBun memegang hidangan promosi Mission Finpossibl­e.
PROMOSI: Kakiangan SugarBun memegang hidangan promosi Mission Finpossibl­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia