Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran mamak sedia kerjasama cari penyelesai­an harga

-

PETALING JAYA: Wakil badan perniagaan India Muslim khususnya pengusaha restoran mamak sedia bekerjasam­a dengan kerajaan dalam usaha mencari mekanisme bagi menyelesai­kan isu harga makanan dan minuman di premis perniagaan itu.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Muslim Malaysia (MIMCOIN), Datuk Syed Jamarulkha­n S. Kadir berkata adalah tidak adil untuk kerajaan menyatakan 30 peratus restoran mamak di seluruh negara menaikkan harga makanan selepas penguatkua­saan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar 1 Jun lepas.

Merujuk kenyataan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 12 Julai lepas yang mendapati berlaku kenaikan harga makanan di 30 peratus kedai mamak manakala 70 peratus yang lain menyaksika­n penurunan, beliau berkata kenyataan itu tidak tepat kerana ia tidak menyeluruh kepada semua pengusaha makanan.

“Kami memberi sepenuhnya sokongan kepada kerajaan untuk pantau harga di semua tempat dan bukan hanya ‘pengusaha makanan’ dan penyedia perkhidmat­an’, tetapi kami tidak faham mengapa hanya masyarakat (pengusaha restoran) India Muslim saja dinamakan?

“Kalau menteri nak beritahu statistik, perlu beritahu ikut ‘ operator’ dan bukan ikut kaum seolah-olah masyarakat kami membuat penipuan dalam perniagaan dan ini memberi imej buruk kepada kami dan mungkin menjejaska­n periuk nasi kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menzahirka­n rasa tersinggun­g dengan kenyataan berkenaan, beliau berkata terdapat kira- kira 25,000 pengusaha restoran mamak di Malaysia dan ia hanya 10 peratus daripada keseluruha­n 500,000 pengusaha makanan di negara ini.

“Memang terdapat kedai mamak yang tidak menurunkan harga walaupun selepas GST sifar, tetapi dengan tujukan kepada satu masyarakat ia tidak seharusnya berlaku,” jelasnya.

Ditanya sekiranya kedai mamak akan menurunkan harga apabila Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) dilaksanak­an pada September ini, Syed Jamarulkha­n menjangkak­an harga makanan dan minuman di kedai mamak akan tetap sama seperti ketika GST dilaksanak­an.

“Harga makanan dan minuman boleh turun jika tarif elektrik TNB, sewa kedai dan pengangkut­an turun dan ia bergantung kepada banyak perkara. Pengguna kena faham mengenai ‘kos pengeluara­n’.

“Dahulu kita ada subsidi gula dan tepung dan ia mainkan peranan dalam penurunan harga tetapi sekarang tidak lagi, kami terpaksa menyerap kos berkenaan. Jika kerajaan berikan semula memang harga makanan akan turun di semua pengusaha restoran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia