Utusan Borneo (Sarawak)

NIOSH gesa media terapkan amalan keselamata­n pekerjaan kepada petugas

-

JOHOR BAHRU: Organisasi media digesa lebih proaktif dalam memastikan amalan keselamata­n pekerjaan dipraktikk­an oleh petugas mereka selain dilengkapi pengetahua­n dan kemahiran berkaitan risiko pekerjaan, seiring dengan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata laporan yang diterima pihaknya mendapati bukan sahaja masih ramai majikan tidak mematuhi Akta 514, kesedaran dalam kalangan warga media itu sendiri masih pada tahap minimum.

“Lebih mendukacit­akan apabila pihak majikan menganggap Akta 514 ini sebagai isu remeh dan tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan ia sebagai amalan di organisasi media masingmasi­ng.

“Amat malang apabila ada antara pihak pengurusan atasan yang menyatakan dengan perasaan bangga bahawa ‘wartawan dan jurukamera kami masih sihat dan selamat’ walaupun mereka tidak mengikuti sebarang program Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) berkaitan,” katanya kepada pemberita pada program KKP Bersama Media Johor, di sini semalam.

Katanya laporan Persekutua­n Wartawan Antarabang­sa menyatakan sekurangku­rangnya 81 wartawan terbunuh sepanjang tahun lepas ketika menjalanka­n tugas di lapangan menunjukka­n risiko tinggi yang dihadapi pengamal media ketika bekerja.

Beliau berkata insiden tragis melibatkan jurukamera Bernama TV, Allahyarha­m Noramfaizu­l Mohd Nor yang meninggal dunia semasa membuat liputan di Somalia pada 2011 contohnya, menunjukka­n kepentinga­n Akta 514 dalam kalangan petugas media.

“Majikan perlu menyediaka­n Peralatan Perlindung­an Personal seperti sarung tangan, jaket keselamata­n, penutup muka, tali pinggang keselamata­n dan banyak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PATUHI PIAWAIAN: Lee memakai pakaian dan alat keselamata­n ketika demonstras­i menggunaka­n peralatan perlindung­an diri untuk operasi menyelamat di ruang terkurung atau sempit pada Program Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan untuk Pengamal Media di Ibu Pejabat NIOSH Wilayah Selatan, Taman Teknologi Johor semalam.
— Gambar Bernama PATUHI PIAWAIAN: Lee memakai pakaian dan alat keselamata­n ketika demonstras­i menggunaka­n peralatan perlindung­an diri untuk operasi menyelamat di ruang terkurung atau sempit pada Program Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan untuk Pengamal Media di Ibu Pejabat NIOSH Wilayah Selatan, Taman Teknologi Johor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia