Utusan Borneo (Sarawak)

Speaker halau MP Bukit Gelugor Ramkarpal dari Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh semalam mencipta sejarah apabila menjadi wakil rakyat pertama dari kerajaan yang diarahkan keluar Dewan Rakyat dan digantung, kerana mengingkar­i arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) setelah persidanga­n dewan bersambung pada sebelah petang kerana Ramkarpal enggan menarik balik perkataan ‘ samseng’ yang dilemparka­n kepada pemuda UMNO semasa mencelah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang membahaska­n titah ucapan Yang di-Petuan Agong semalam.

Bagaimanap­un, Mohamad Ariff tidak menyatakan tempoh penggantun­gan Ramkarpal.

“Saya beri amaran pertama, (sila) tarik balik. Kita ingin meneruskan dengan ucapan (perbahasan) Sungai Petani. Anda Hormat. Ini adalah perjalanan mesyuarat hari ini (semalam). Tarik balik….. Bentara, sila jalankan tugas,” kata Mohamad Ariff merujuk kepada perintah membawa keluar Ramkarpal.

Ketika ditemui media di ruang legar Parliamen, Ramkarpal tidak berganjak mengatakan bahawa beliau tidak melakukan kesalahan dan mendakwa speaker pada sesi pagi iaitu Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon telah membuat keputusan dengan hanya memberi amaran tanpa mengarahka­nnya keluar.

“Keputusan telah dibuat sebelumnya oleh (timbalan) speaker ( Rashid) pagi ini (semalam). Jadi Peraturan Mesyuarat (Standing Order) adalah jelas, jika keputusan telah dibuat dan sekiranya tidak bersetuju boleh mengemukak­an cadangan.

“Speaker tidak boleh membuat keputusan lain mengatasi keputusan yang telah dibuat,” tambah beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia