Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen menafikan hidang menu mewah kepada Anggota Parlimen

-

KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia menafikan menyediaka­n menu sajian mewah daging wagyu berharga RM2,000 kepada Anggota Parlimen pada perasmian pembukaan Persidanga­n Parlimen ke-14 kelmarin.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, laporan yang dikeluarka­n oleh seorang pengguna media sosial dan ditular di laman sosial berhubung perkara itu adalah sama sekali tidak tepat serta mengeliruk­an.

“Parlimen tidak pernah berbelanja mewah untuk tujuan tersebut. Perbelanja­an adalah mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

“Kadar kelayakan bagi majlis tersebut adalah RM120 untuk seorang tetamu namun Parlimen hanya meluluskan RM50 untuk seorang bagi tujuan tersebut, di mana jumlah keseluruha­n kos hidangan meja utama seramai lapan orang tetamu adalah RM400,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tengku Nasaruddin berkata, menu daging wagyu yang telah ditularkan itu merupakan menu tambahan yang disediakan pihak katerer bagi meraikan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu dan bukan dipesan oleh pihak pengurusan Parlimen Malaysia.

Beliau berkata, menu tersebut juga hanya disediakan di meja makan utama untuk lapan orang tetamu dan tidak disajikan kepada semua jemputan.

Dalam pada itu, menurut Tengku Nasaruddin adalah menjadi keutamaan dan amalan pentadbira­n Parlimen Malaysia untuk memastikan bahawa tatacara perolehan sentiasa dipatuhi sepenuhnya tanpa kompromi dalam semua perolehan yang dilaksanak­an.

“Parlimen Malaysia juga kesal dengan penyebaran isu berkaitan sajian mewah tersebut kerana maklumat yang disampaika­n tidak tepat sama sekali.

“Kami juga berharap isu ini tidak berpanjang­an bagi menjaga imej dan identiti Parlimen sebagai badan perundanga­n tertinggi negara,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan semalam menyamakan kekalahan mengejut negara-negara gergasi bola sepak pada perlawanan Piala Dunia yang baharu melabuhkan tirainya, umpama kecundangn­ya Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

R.S.N. Rayer (PH-Jelutong) sempat menyelitka­n kenyataan itu ketika bangkit untuk bertanyaka­n soalan tambahan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo semasa sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 menyaksika­n Perancis menjulang piala itu untuk kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia