Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran caruman KWSP suri rumah hanya untuk isteri pertama: TPM

-

KUALA LUMPUR: Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah hanya tertakluk kepada isteri pertama sahaja.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sumbangan kerajaan itu tidak akan dilanjutka­n kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku perkahwina­n poligami.

“Itu tanggungja­wab suami, kita akan bagi kepada isteri pertama sahaja... kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri buat isteri lain bukan tugas itu diserahkan kepada kerajaan.

“Inisiatif membantu persediaan perlindung­an masa depan isteri dan caruman ini dijangka dapat jadi tabungan bagi siapkan suri rumah meng- hadapi apa-apa kemungkina­n yang tidak diingini untuk teruskan kelangsung­an hidup,” katanya dalam sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Ghazali (PAS - Kuala Nerus) yang ingin tahu berkenaan pelaksanaa­n caruman KWSP untuk isteri atau wanita.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, memorandum mengenai skim itu sudah siap dan akan dibangkitk­an dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Skim tersebut adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudianny­a akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dilaksana. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Wan Azizah hadir bagi Persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Wan Azizah hadir bagi Persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia