Utusan Borneo (Sarawak)

BN reda, terima kekalahan PRU14

-

KUALA LUMPUR: Kekalahan Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) adalah satu tragedi dan mimpi buruk kepada parti ini setelah memerintah 61 tahun, kata Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanap­un, beliau reda dengan keputusan rakyat yang dibuat pada 9 Mei itu.

“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang kita harus reda dengannya. Namun ada hikmah yang berlaku di sini dan di sana termasuk di sana yang harus belajar daripada kami di sini kerana kegagalan untuk mengatasi dan menjawab persoalan oleh pihak kami,” katanya semasa membahaska­n usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Zahid ( BNBagan Datuk) berkata, PRU14 juga membuktika­n demokrasi subur di negara ini apabila peralihan kuasa berjalan dengan aman tanpa sebarang pertumpaha­n darah dan insiden buruk.

“Walaupun dulu kami adalah kerajaan yang lama tetapi kami telah serahkanny­a dengan sebaik-baiknya kerana itu adalah pilihan yang ditentukan oleh rakyat,” kata Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, apa yang lebih penting kini ialah beliau mengharapk­an kedua-dua belah pihak dapat menjalin kerjasama dalam soal agama, bangsa dan negara termasuk memartabat­kan institusi Parlimen dan institusi Raja-Raja sebagaiman­a yang termaktub dalam perlembaga­an.

Dalam pada itu, Datuk Takiyuddin Hassan (PASKota Bahru) ketika mencelah berkata, akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak secara kurang sopan mencabar, menyentuh atau menfitnah beberapa institusi yang sebelum ini dihormati dan dipandang tinggi dan mulia seperti institusi Raja-Raja.

Persidanga­n Dewan Rakyat bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia