Utusan Borneo (Sarawak)

Hallgrimss­on letak jawatan sebagai jurulatih Iceland

-

REYKJAVIK, Iceland: Jurulatih bola sepak Iceland, Heimir Hallgrimss­on, meletak jawatan sebagai jurulatih selepas beberapa minggu membawa pasukan kerdil itu ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Jika saya meneruskan tugas, saya akan melakukan persediaan yang sama, motivasi yang sama tetapi pada satu ketika, semua perkara sama ini boleh membawa kepada sesuatu yang meletihkan,” kata beliau ketika memberitah­u satu sidang media di sini.

Jurulatih berusia 51 tahun itu menambah bahawa ia adalah “bagus untuk pasukan mempunyai visi baharu”.

Persatuan Bola Sepak Iceland (FAI) sebelum ini berharap beliau akan melanjutka­n kontrak untuk dua tahun lagi.

“Heimir secara semula jadinya adalah pilihan pertama kami kerana tugas hebat beliau sejak beberapa tahun,” kata Gudni Bergsson, presiden FAI dalam satu kenyataan di mana beliau turut berterima kasih kepada Hallgrimss­on.

Hallgrimss­on menjadi penolong jurulatih di bawah Lars Lagerback pada 2011 sebelum menjadi ketua jurulatih selepas Iceland melangkah ke peringkat suku akhir di Euro 2016 dan membimbing Iceland ke Piala Dunia yang pertama mereka dalam kempen kelayakan yang turut termasuk finalis Piala Dunia 2018, Croatia.

Dengan populasi penduduk hanya 330,000, Iceland adalah negara paling kecil yang bermain di Piala Dunia.

Di Rusia, Iceland membuka kempen dengan mengikat Argentina 1-1 tetapi tewas kepada Nigeria dan kemudian Croatia untuk tersingkir awal dari kejohanan.

“Saya berterima kasih dan gembira untuk menjadi sebahagian dari semangat pasukan ini,” kata beliau sambil menambah “ia satu penghormat­an” untuk meninggalk­an pasukan dengan kedudukan yang baik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia