Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lagi slot untuk pertanding­an boling siri pertama NCS 2018

-

SIBU: Tinggal tiga lagi tempat bagi pasukan yang berminat menyertai pertanding­an boling siri pertama sempena Nangka Challenge Series (NCS) 2018 yang akan berlangsun­g 21 dan 22 Julai ini di Sibu Superbowl.

Pengerusi pengelola boling Osman Yusuf berkata, setakat ini 13 pasukan telah mengesahka­n penyertaan dengan pertanding­an terhad kepada 16 pasukan sahaja.

“Penyertaan masih lagi terbuka dengan tarikh akhir menghantar borang penyertaan pada petang 19 Julai ini,” ujarnya ketika dihubungi, semalam.

Juara dan naib juara bagi siri pertama masing-masing akan menerima wang tunai RM1,500 dan RM1,000, sementara tempat ketiga bersama menerima RM250.

Pemenang juga layak bertanding pada pertanding­an akhir NCS 2018 yang dijadual bermula pertengaha­n November hingga Disember ini.

NCS 2018 dianjurkan oleh Sekreatria­t Sukan, Budaya dan Perpaduan Nangka, Pemuda PBB Sibu dan Pusat Khidmat DUN Nangka.

Selain boling, turut dipertandi­ngkan ialah futsal, bola sepak tujuh sebelah dan sepak takraw.

Osman turut berharap manamana pasukan yang berminat menghantar borang penyertaan secepat mungkin.

“Yuran penyertaan ialah RM80 bagi satu pasukan,” ujarnya sambil menambah borang penyertaan boleh diperolehi di Sibu Superbowl.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubung­i Osman menerusi talian 019-4682533.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia