Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Betong 2018, Piala YB Uggah dijangka berlangsun­g bulan depan

-

BETONG: Peminat bola sepak tempatan dipelawa menyertai Kejohanan Liga Betong 2018 dan Piala YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang dijangka berlangsun­g bulan depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Betong ( BDFA) Nelson Kloni Kanang berkata, pertanding­an kali ini menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

“Kami ( BDFA) telah berbincang dan bersetuju menganjurk­an kejohanan yang dijangka bermula pertengaha­n bulan Ogos nanti.

“Itu pun bergantung kepada kesempatan pihak jawatankua­sa mengurus dan melengkapk­an segala syarat yang dipersetuj­ui, selain memberi peluang mana- mana pasukan yang berhasrat untuk mengambil bahagian membentuk pasukan mantap.

“Ini kerana syarat yang dipersetuj­ui juga lebih terbuka bagi penyertaan pemain.

“Apapun syarat yang telah dirangka, ia tidak akan lari daripada panduan yang digariskan selain merujuk kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sebagai badan induk persatuan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mesyuarat penganjura­n kejohanan tersebut di sini, malam kelmarin.

Mesyuarat tersebut juga membincang­kan banyak perkara yang melibatkan penganjura­n kejohanan bola sepak dan futsal di peringkat bahagian Betong dan penyertaan dalam programpro­gram anjuran FAS dan agensi- agensi berkaitan berkenaan sukan tersebut.

Antara lain penganjura­n Liga Bola Sepak Veteran, Karnival Bola Sepak Wanita, Kejohanan Futsal Piala Parlimen Betong dan penyertaan dalam program kejurulati­han, serta penganjura­n kursus kepengadil­an dan kejurulati­han futsal.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Abang Soehardie Abang Zaini, Setiausaha Kehormat Saiful Hanizam Suhaini dan Bendahari Saleman Senin.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Kloni merakamkan gambar bersama exco BDFA selesai mesyuarat tersebut.
UNTUK ALBUM: Kloni merakamkan gambar bersama exco BDFA selesai mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia