Utusan Borneo (Sarawak)

Proses kembiri kucing diharap tidak lagi disalah anggap

-

KELAB Kucing Malaysia (KKM) berharap proses kembiri (pemandulan) kucing khususnya melibatkan kucing jalanan tidak disalah anggap oleh orang ramai kerana ia untuk kebaikan haiwan berkenaan.

Presidenny­a, Khalid Rashid berkata pada masa ini banyak kucing jalanan dilihat terbiar tanpa penjagaan malah dibiarkan kelaparan dan ada yang mati akibat dilanggar kenderaan.

Beliau berkata proses mengembiri kucing itu juga bukannya bertujuan mengurangk­an populasi haiwan berkenaan tetapi supaya ia lebih terjaga.

“Kita tahu proses ini menelan kos dan berharap orang ramai yang mengambil dan memelihara kucing jalanan ini turut sama membantu.

“Dengan populasi lebih terkawal, maka mudah bagi kita menjaga kucing. Bagaimanap­un, proses dimulakan sejak lebih 10 tahun lalu ini bukannya satu kemestian bagi pemilik kucing kerana ada mahu supaya kucing spesis berharga milik mereka membiak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri KKM di Kota Bharu, baru-baru ini.

Dalam perkembang­an sama, Khalid berkata sepatutnya di setiap negeri dibuat satu taman kucing yang menempatka­n doktor haiwan serta pelbagai kemudahan untuk kucing dan pemiliknya.

“Buat satu tempat seperti klinik rawatan, tempat belajar dekat situ dan buat aktiviti membabitka­n kucing seperti memberi makanan kepada kucing,” katanya.

Khalid berkata bagi pemilik kucing mereka perlu memberi vaksin selain rawatan fungus dan kutu kepada kucing peliharaan khususnya spesis berbulu lebat.

“Bagi KKM, manamana kucing yang tidak diberikan vaksin mencegah penyakit tidak akan dibenarkan menyertai pertanding­an di bawah anjuran badan berkenaan,” katanya.

Pemilik kucing yang ditemui, Niey Rohani Hassan, 35, berkata dia amat menyokong sebarang langkah penjagaan kucing terutamany­a kucing jalanan yang terbiar.

Beliau berkata kucing adalah haiwan manja dan perlu diberi penjagaan yang rapi kerana jika dibiarkan ia boleh dijangkiti pelbagai penyakit dan mungkin menjangkit­i kucing lain.

“Saya sendiri mempunyai dua ekor kucing baka ‘Domestic Longhair’ yang diberikan seorang rakan, kucing saya ini diberikan penjagaan rapi dan sihat. Apabila sudah benarbenar sihat barulah timbul idea untuk membawanya menyertai pertanding­an,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASA TERUJA: Seramai 60 pelancong China melawat Sungai Ruan di Raub, Pahang yang terkenal dengan buah durian Musang King baru-baru ini.
— Gambar Bernama RASA TERUJA: Seramai 60 pelancong China melawat Sungai Ruan di Raub, Pahang yang terkenal dengan buah durian Musang King baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? POPULASI LEBIH TERKAWAL: Khalid (kanan) melihat Pengurus Vet O Vet Kota Bharu Dr Hafizie Mahadi (kiri) melakukan pemeriksaa­n kesihatan ke atas seekor kucing pada Hari Bertemu Vet Dr Kucing dan Beraya Bersama Si Comel di Wisma Bakti, Pengkalan Chepa di Kota Bharu baru-baru ini.
— Gambar Bernama POPULASI LEBIH TERKAWAL: Khalid (kanan) melihat Pengurus Vet O Vet Kota Bharu Dr Hafizie Mahadi (kiri) melakukan pemeriksaa­n kesihatan ke atas seekor kucing pada Hari Bertemu Vet Dr Kucing dan Beraya Bersama Si Comel di Wisma Bakti, Pengkalan Chepa di Kota Bharu baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? KESIHATAN TERJAMIN: Khalid (kanan) bersama Niey Rohani yang mendapatka­n rawatan untuk kucing tersebut pada Hari Bertemu Vet Dr Kucing dan Beraya Bersama Si Comel di Wisma Bakti, Pengkalan Chepa di Kota Bharu baru-baru ini.
— Gambar Bernama KESIHATAN TERJAMIN: Khalid (kanan) bersama Niey Rohani yang mendapatka­n rawatan untuk kucing tersebut pada Hari Bertemu Vet Dr Kucing dan Beraya Bersama Si Comel di Wisma Bakti, Pengkalan Chepa di Kota Bharu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia