Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan ke dusun durian pikat pelancong China

-

LAWATAN ke dusun durian? Itulah antara inisiatif terbaharu yang ditawarkan kepada pelancong China sebagai tarikan untuk melancong ke Malaysia semasa musim durian bagi memenuhi cita rasa mereka yang menggemari raja buah itu.

Pengurus Pemasaran Tourism Malaysia di China, Steel Zhao, berkata memenuhi cita rasa mereka yang meminati durian, terutamany­a buah durian paling popular Musang King atau ‘mao shan wang’ adalah inisiatif terbaru untuk memikat warga China menikmati keenakan raja buah itu di Malaysia.

Minggu lepas, Zhao membawa 60 pelancong China melawat Sungai Ruan di Raub, Pahang KERAJAAN negeri Perak akan memperting­katkan penguatkua­saan bagi mencegah penceroboh­an kawasan hutan yang menjadi habitat kelipkelip di Kampung Dew dekat Taiping.

Exco Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata, aktiviti penceroboh­an hutan itu boleh merosakkan industri pelanconga­n di kawasan sekitar.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk pembanguna­n kawasan berkenaan dan akan berbincang dengan persatuan, pejabat tanah daerah Kerian serta Larut, Matang dan Selama untuk mengatasi penceroboh­an tersebut.

“Saya juga akan hubungi yang terkenal dengan buah durian Musang Kingnya.

“Mereka berpeluang menikmati keenakan buah durian segar dari dusun seperti Musang King dan durian kampung, dengan pelbagai pilihan dan harga berpatutan serta buah-buahan tempatan yang lain. Ia menawarkan pengalaman baharu dan berbeza menikmati keenakan buah durian terus dari dusun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata lawatan ke dusun durian menawarkan pengalaman yang unik kepada pelancong China kerana mereka berpeluang menjelajah dusun durian dan menikmati buahbuahan tempatan yang segar selain mengunjung­i tempat menarik yang lain di negara ini. Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk mendapatka­n maklumat mengenai kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jeti kelip-kelip Kampung Dew di Taiping, baru-baru ini.

Menjelas lanjut, Tan berkata ekopelanco­ngan menjadi kekuatan kepada industri pelanconga­n negeri ini untuk menjana ekonomi Perak.

Selain itu, Tan berkata rezab kawasan jeti kelipkelip Kampung Dew akan diperluask­an daripada 0.2347 hektar kepada 0.261 hektar setelah ia diluluskan pada 21 Mac lepas.

“Kita sedang menunggu pelan baru daripada Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (Upen) dan ia dijangka akan dapat diluluskan secepat

“Untuk menarik lebih ramai pelancong China, cara terbaik adalah membawa mereka menikmati durian yang segar di sini. Ejen pelanconga­n di China juga boleh menawarkan pakej pelanconga­n yang menarik termasuk lawatan ekopelanco­ngan untuk menarik pencinta durian.

“Durian lebih enak dimakan segar, terutama beberapa jam selepas ia jatuh dari pokok, untuk menikmati rasa dan tekstur raja buah itu,” katanya.

Sementara itu, wakil agensi pelanconga­n berpangkal­an di Beijing, Fan Xin Ping, berkata lawatan ke dusun durian semakin popular dalam kalangan pelancong China yang melawat Malaysia. — Bernama mungkin,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Persatuan Pelanconga­n KelipKelip Kampung Dew Shukor Ishak berkata penceroboh­an kawasan hutan di kawasan tersebut menjejaska­n 10 hingga 20 peratus pendapatan 125 nelayan tempatan.

Katanya, usaha menggazetk­an kawasan tersebut perlu bagi mengelak kegiatan penebangan pokok berembang yang menjadi tempat hidupan kelip-kelip di Sungai Sepetang itu.

“Penceroboh­an dengan menebang pokok di kawasan itu untuk ditanam dengan kelapa sawit menyebabka­n hanya 188 pokok berembang yang masih tinggal,” katanya. — Bernama LEMBAGA Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) berharap spesies nanas yang ditanam di negeri Kelantan yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Nanas Sarawak’, dapat didaftarka­n sebagai varieti baharu buahbuahan itu dengan nama ‘Nanas Madu Kaca’.

Pengarah LPNM Kelantan Mohd Zamani Abd Ghani berkata walaupun nanas tersebut dianggap sebagai nanas varieti Sarawak namun pemerhatia­n agensi itu mendapati terdapat perbezaan ciri-ciri morfologi pokok dan buah terutama isinya yang mempunyai bentuk seperti kaca.

“LPNM berhasrat untuk mendaftark­an Nanas Madu Kaca ini sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan seperti sembilan varieti nanas lain yang telah didaftarka­n mengikut siri AC iaitu AC1 Moris, AC2 Sarawak, AC3 Gandul, AC4 Maspine, AC5 Josapine, AC6 Yankee, AC7 Moris Gajah, AC8 N36 dan AC9 MD2.

“Sekiranya nanas madu kaca ini berjaya didaftarka­n ia akan dikenali sebagai sebagai AC10 Madu Kaca,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang nanas di Kampung Gual Soseh, Rantau Panjang di Pasir Mas, kelmarin.

Hadir sama, sepasukan pegawai Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya yang diketuai Penolong Pengarah, Ahmad Yusuf Mohd Kamil yang membuat pencirian mengenai Nanas Madu Kaca tersebut.

Antara ciri Nanas Madu Kaca ini ialah mempunyai rasa lebih manis berbanding nanas-nanas lain dan amat sesuai sekiranya dimakan secara segar.

Mengulas lanjut, Mohd Zamani berkata buat masa ini, nanas varieti berkenaan dijual dengan harga RM2 sekilogram kepada pemborong manakala RM4 sekilogram untuk jualan runcit.

Beliau berkata bagaimanap­un harga nanas ini mungkin meningkat jika ia berjaya didaftarka­n sebagai varieti baharu kerana ia berada dalam kategori nanas premium.

“Pasaran nanas adalah sangat baik terutamany­a di kawasan setempat selain Terengganu, Pahang dan Kedah dan kaedah pengurusan nanas ini juga tidak sukar berbanding nanas jenis lain dan berpotensi untuk dikembangk­an dan dipromosi sebagai satu daripada nanas premium selain AC9 MD2,” katanya.

Katanya, pada 2017 jumlah keluasan tanaman nanas di Kelantan mencecah 202 hektar dengan separuh daripadany­a adalah di sekitar jajahan ini dan ia sering ditanam secara integrasi bersama getah ataupun kelapa, dengan nilai pengeluara­n sekitar RM5 juta setahun dan jumlah purata pengeluara­n sekitar 4,000 tan setahun.

“LPNM turut menyediaka­n geran bantuan penanaman nanas bagi pekebun kecil iaitu melalui Program Pengukuhan Tanaman, Program Integrasi Nanas dan Program Tanaman Nanas Premium dengan bantuan berjumlah RM5,400 hingga RM63,000 untuk input pertanian dan anak benih.

Sementara itu, pekebun nanas, Ismail Mat Zain, 53, berkata beliau mulai menanam nanas pada tahun 90-an di kawasan tanah seluas enam hektar.

Katanya beliau mampu memperoleh pendapatan yang lumayan hasil jualan nanas kerana penjagaann­ya yang mudah.

“Pekebun hanya perlu menjaga kebersihan kebun dengan membuang rumput, membubuh baja dan tidak perlu dijirus. Selepas 16 bulan tanaman ini boleh dituai iaitu pemborong datang terus ke sini untuk membelinya,” katanya.

Seorang lagi pekebun nanas, Rosmadi Said, 58, berkata beliau sudah menanam 500,000 anak benih nanas dan hasilnya dijangka mampu mencecah 250 tan.

Katanya nanas berkenaan tidak mempunyai masalah dari segi pasaran dan berharap agar varieti tersebut dapat didaftarka­n sebagai varieti baharu sekaligus memberi kelebihan kepada pekebun kerana harganya dijangka akan melonjak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ISI LEBIH MANIS: Mohd Zamani (kanan) menunjukka­n buah nanas untuk dicadangka­n nama ‘Madu Kaca’ sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang di Pasir Mas, kelmarin.
— Gambar Bernama ISI LEBIH MANIS: Mohd Zamani (kanan) menunjukka­n buah nanas untuk dicadangka­n nama ‘Madu Kaca’ sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang di Pasir Mas, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGUSAHA NANAS: Ismail (kanan) dan Rosman menunjukka­n buah nanas untuk dicadangka­n nama‘Madu Kaca’ sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang di Pasir Mas, kelmarin.
— Gambar Bernama PENGUSAHA NANAS: Ismail (kanan) dan Rosman menunjukka­n buah nanas untuk dicadangka­n nama‘Madu Kaca’ sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang di Pasir Mas, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK DINILAI: Ahmad Yusuf memilih buah nanas untuk proses pencirian nanas untuk dicadangka­n nama ‘Madu Kaca’ sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan.
— Gambar Bernama UNTUK DINILAI: Ahmad Yusuf memilih buah nanas untuk proses pencirian nanas untuk dicadangka­n nama ‘Madu Kaca’ sebagai varieti nanas berdaftar kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia