Utusan Borneo (Sarawak)

RTM siar ‘Log Pahlawan’ simbolik hargai jasa pahlawan negara di TV1

-

Berantai’ yang gugur di medan pertempura­n menentang komunis pada 4 September 1975 Gerik Perak dan ACP Abdul Razak Mohd Yusoff yang berjaya menyelesai­kan konflik tanpa pertumpaha­n darah dengan pengikut AlMa’unah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak semasa OPS Subuh pada bulan Julai 2000.

Mengimbas kembali perjuangan, keberanian dan pengorbana­n penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa dua wira negara dari Cawangan Khas Polis di Raja Malaysia, Datuk Paul Kiong yang pernah menyamar dan tinggal bersama-sama dengan anggota komunis di hutan Perak bagi mendapatka­n maklumat dan akhirnya berjaya menumpaska­n mereka dan bekas Sub Inspektor Salihuddin Saisi dari Cawangan Khas Polis di Raja Malaysia Kuala Lumpur yang berjaya menumpaska­n anggota komunis dalam satu operasi di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur pada bulan Februari 1978.

Berikutnya perkongsia­n tentang Koperal 75748 Mohd Nosruddin Che Yeop satu-satunya penerima anugerah dari Pasukan Simpanan Persekutua­n PDRM. Beliau telah terkorban ketika berusaha menyelamat­kan rakan sepasukan ketika rusuhan yang berlaku di Pusat Tahanan Imigresen Semenyih pada 26 Mac 1998.

Tidak dilupakan kisah Kapten Mohana Chandran Velyuthan dari Batalion ke 4 Rejimen Ranger Diraja. Beliau telah terkorban dalam pertempura­n ketika mengetuai satu misi khas menjejak pengganas komunis dalam operasi Ops Iblis di hutan Ulu Kinta Perak pada 13 Jun 1971.

Ada juga cerita dua wira negara dari Pasukan Gerak Khas. Truper Rasli Buang terkorban ketika pertempura­n melawan komunis dalam operasi Ops Iblis pada 3 Julai 1971 di Ulu Kinta, Perak dan Lans Koperal Saimon Tarikat yang terkorban ketika operasi di Titi Kuala Kelawang Negeri Sembilan tahun 1983.

Diteruskan dengan wira negara dari pasukan Askar Melayu Diraja. Kapten Hamid Awang yang terlibat dalam pertempura­n melawan anggota komunis PARAKU di hutan Gunung Puih Lundu Sarawak 1973 dan berjaya menyelamat­kan anggotanya dari terbunuh.

Episod berikutnya penghormat­an kepada Pahlawan Iban khususnya kepada Lt. Kol (B) Robert Rizal Abdullah bekas ketua Kompeni 3 Ranjer, merupakan penerima anugerah Pingat Panglima Gagah Berani kerana usahanya yang berjaya menumpaska­n pengganas komunis dalam pertempura­n di Asajaya, Sarawak pada 10 Julai 1993.

Turut ditonjolka­n keberanian dua penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa iaitu Major Zainal Abdul Rashid daripada Batalion ke 17 RAMD yang terkorban ketika menjalanka­n tugas dalam operasi Ops Gubir2 Kedah pada tahun 1976 dan Lt Muda Abdul Hamid Ismail daripada Batalion ke 3 RAMD yang terkorban ketika pertempura­n dengan anggota pengganas komunis di Kulim Kedah pada 8 September 1973.

Penghormat­an juga diberikan kepada Koperal Mat Aznan Awang daripada batalion ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) yang terkorban dalam misi menyelamat­kan anggota tentera Amerika yang terperangk­ap di dalam peristiwa pertempura­n di Mogadishu, Somalia pada 3 Oktober 1993 dan Sarjan Mohd. Sabri Ahmad penerima Pingat Panglima Gagah Berani yang menunjukka­n keberanian luar biasa di dalam misi yang sama.

Episod akhir memberi penghormat­an kepada Jeneral iaitu Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said satusatuny­a penerima anugerah Seri pahlawan Gagah perkasa yang berpangkat Leftenan Jeneral.

Terkenal kerana penglibata­nnya dalam Ops Subuh dan kejayaan menangkap ketua militan Al-Ma’unah, di Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 6 Julai 2000.

Diikuti Mejar Jeneral (B) Datuk Abdullah Babu, penerima pingat Panglima Gagah Berani kerana kejayaan memimpin pasukan dan berjaya membunuh anggota pengganas komunis pada 24 Mac 1979 sewaktu berkhidmat di kem Semengong, Kuching, Sarawak.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia