Utusan Borneo (Sarawak)

Filem bajet besar China ditarik balik dari pawagam selepas gagal di box office

-

SEBUAH filem dari China yang menaruh harapan untuk menjadi filem blockbuste­r, disokong oleh Alibaba Pictures Group dan dengan bajet yang dilaporkan melebihi AS$100 juta, telah ditarik balik secara tiba-tiba dari pawagam di negara itu selepas tenggelam pada hujung minggu pembukaan di ‘box office’.

Tindakan itu mengetenga­hkan cabaran yang sedang dihadapi China pada waktu ia cuba menggalakk­an penerbitan tempatan bagi menyaingi filem blockbuste­r import dari Hollywood.

Negara itu telah menyaksika­n beberapa filem berbajet besar gagal tetapi beberapa filem yang dibuat dengan kos lebih rendah telah mencatatka­n kejayaan.

Sebagai filem terbaharu yang mengecewak­an, ‘Asura’ telah dilabelkan sebagai salah sebuah filem berbajet terbesar di China selepas filem penerbitan bersama Amerika Syarikat-China ‘The Great Wall’ yang memakan kos AS$150 juta.

Filem pada 2016 itu, yang dibintangi Matt Damon, juga gagal untuk menimbulka­n kekaguman di ‘box office’.

‘Asura’, sebuah filem fantasi epik berdasarka­n mitologi Tibet, ditarik balik dari pawagam oleh penerbit selepas ia mengaut sekadar 49.46 juta yuan (AS$7.41 juta) dan menerima penarafan rendah 3.1 dalam laman reviu filem tempatan Douban.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan dalam platform media sosial rasmi filem itu, penerbit berkata filem itu ditarik balik bermula malam Ahad dan memohon maaf kepada penonton yang tidak akan dapat melihat filem itu yang memakan masa enam tahun untuk dibuat.

‘Asura’ adalah sesuatu seperti amaran kepada penerbit China tentang bahaya membuat filem berbajet besar.

Sementara filem fantasi itu gagal, sebuah lagi filem yang tidak dijangkaka­n dengan bajet yang dilaporkan sekitar AS$15 juta berjaya menyentuh perasaan.

‘Dying to Survive’, kisah benar mengenai seorang pesakit kanser di China yang ditangkap kerana mengimport dadah dari India, telah mengaut lebih AS$350 juta, menurut penjejak ‘box office’ EntGroup.

China, yang berada di landasan untuk memintas pasaran filem Amerika Utara, telah menjadi sebuah wilayah semakin penting bagi penerbit global yang mahu meningkatk­an pulangan mereka di ‘box office’, walaupun terdapat kuota ke atas filem import dan penapisan yang ketat.

— Reuters KEBERANIAN dan pengorbana­nmu dikenang. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentar­i ‘Log Pahlawan’ yang merupakan simbolik menghargai jasa pahlawan negara mulai 18 Julai, setiap Rabu, jam 4.05 petang di TV1.

Program 13 episod ini berkongsi dengan penonton semangat keperwiraa­n 25 wira negara yang terdiri daripada anggota tentera, anggota polis dan anggota Jabatan Penjara yang dianugerah­kan dengan pingat SP dan Panglima Gagah Berani (PGB).

Menariknya penceritaa­n dibuat melalui temu ramah bersama ahli keluarga, rakan-rakan seperjuang­an dan penerima anugerah sendiri serta lakon semula kejadian.

Episod pengenalan­nya mengimbas kembali perjuangan, keberanian, pengorbana­n dan sejarah kehidupan penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa Konstabel Abu Bakar Ngah Wahab anggota polis yang terkorban pada 15 Ogos 1968 sewaktu menentang pengganas komunis di Bukit Betong sempadan Malaysia dan Thailand serta Kartar Singh, pegawai penjara yang mempertaru­hkan nyawanya sewaktu menghalang percubaan melarikan diri empat banduan di penjara Pulau Pinang pada tahun 1970.

Seterusnya kisah Koperal 1351 Yeap Sean Hua, Detektif Di Cawangan Siasatan Khas, IPK Kuala Lumpur yang terkorban serta keberanian Konstabel Fong Thean Kit, Polis tugas am, Balai Polis Setapak yang berjaya menangkap penjenayah walaupun telah cedera dalam insiden tembak menembak dengan penjenayah pada bulan April 1971 di Setapak Kuala Lumpur.

Ikuti juga paparan kisah Sarjan Ngalinuh Bala dan Mata-mata Etin Bijam. Kedua-duanya telah menunjukka­n keberanian yang luar biasa sewaktu terlibat dalam pertempura­n menentang pengganas komunis di Sibu Sarawak pada tahun 1972.

Turut menarik perhatian dua wira negara dari 69 Komando. ASP Mohd Zabri Abdul Hamid yang dikenali sebagai ‘Harimau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia