Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tangkap suspek pembunuh bersiri di Texas

-

CHICAGO: Polis di Texas kelmarin menangkap seorang lelaki yang mereka gambarkan sebagai seorang pembunuh bersiri yang meragut nyawa sekurang-kurangnya tiga orang dalam tempoh tujuh hari.

Jose Gilberto Rodriguez ditangkap selepas aksi kejarmenge­jar selama 14 minit dengan polis, dan didakwa atas dua tuduhan melakukan pembunuhan.

Tuduhan membunuh ketiga difailkan semalam selepas bukti tambahan diproses, kata polis.

Seorang penduduk di sebuah bandar pinggir Houston memaklumka­n kepada pihak berkuasa tentang lokasi kenderaan suspek berusia 46 tahun itu pada pagi kelmarin, hanya beberapa jam sahaja selepas polis memaklumka­n orang ramai bahawa seorang pembunuh bersiri mungkin sedang bebas.

Polis menggambar­kan Rodriguez sebagai seorang banduan yang dibebaskan dengan parol dan sepatutnya dipantau oleh penjejak yang dipasang pada buku lalinya, tetapi dia menanggalk­annya beberapa hari sebelum dia didakwa melakukan jenayahnya.

Akhbar The Houston Chronicle melaporkan Rodriguez merupakan seorang pesalah seks yang disabit kesalahan, dan mempunyai masa silam yang meluas dan ganas bermula sekurang- kurangnya pada 1989.

Jenayah terbaharu yang didakwa dilakukann­ya mendedahka­n kegagalan penguatkua­sa undang-undang tempatan untuk memburu banduan itu kerana melang- gar terma pebebasann­ya dari penjara.

“Tidak cukup ramai pegawai penguatkua­saan undang-undang yang memberi tumpuan kepada banduan yang dibebaskan dengan parol,” kata Ketua Polis Houston, Art Acevedo, di satu sidang akhbar.

“Kita ada beberapa kes di mana seseorang memotong pemantau mereka, dan perkara seterusnya yang kita tahu, mereka membunuh seseorang.”

Pegawai penguatkua­saan undang-undang menyuaraka­n rasa lega bahawa Rodriguez sudah ditangkap tanpa insiden selepas aksi kejar-mengejar menggunaka­n kereta dengan polis yang menyekat laluannya. Sepucuk pistol dijumpai di dalam keretanya, kata polis.

Penyiasat berkata mereka belum lagi ada motif bagi jenayah yang didakwa dilakukan oleh Rodriguez.

Rodriguez disyaki melakukan beberapa jenayah yag bermula pada 9 Julai lalu dengan satu rompakan pecah masuk rumah.

Dia seterusnya didakwa membunuh sekurang- kurangnya tiga orang selain turut dikaitkan dengan rompakan dan serangan ke atas seorang pekerja khidmat metro Houston berusia 22 tahun, yang pada petang kelmarin dilaporkan berada dalam keadaan yang serius namun stabil di hospital.

 ??  ?? RODRIGUEZ
RODRIGUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia