Utusan Borneo (Sarawak)

MGM Resorts saman mangsa pembunuhan beramai-ramai

-

LOS ANGELES: MGM Resorts, pemilik hotel Las Vegas yang menjadi lokasi serangan besar-besaran terburuk dalam sejarah moden Amerika Syarikat, telah menyaman mangsa pembunuhan beramai-ramai itu, sekali gus mencetuska­n bantahan yang lantang.

Tindakan undang-undang itu tidak menuntut wang, sebaliknya ia bertujuan untuk memaksa kira- kira 1,000 orang, yang menyaman MGM berhubung serangan pengganas pada Oktober lalu yang mengorbank­an 58 orang di Mandalay Bay Resort and Casino, untuk menggugurk­an tindakan undang- undang mereka atas alasan MGM Resorts tidak bertanggun­gjawab.

Kumpulan itu memfailkan saman Jumaat lepas di Nevada dan di mahkamah persekutua­n di Los Angeles.

Dalam serangan 1 Oktober lalu, seorang lelaki bernama Stephen Paddock melepaskan tembakan bertalu-talu ke atas sebuah festival ‘country music’ dari tingkat ke-32 hotel itu dengan beberapa laras raifal yang kuat.

Serangan itu mencederak­an 851 orang lain. Paddock, 64, membunuh diri di dalam bilik hotel berkenaan ketika polis melakukan gerakan.

Kira-kira 2,500 orang, ada di antara mereka mangsa selamat dari serangan dan saudara-mara mangsa yang terkorban di Route 91 Harvest Festival, menyaman MGM atau mengugut untuk berbuat demikian, kata MGM dalam pemfailann­ya, yang dilihat kelmarin oleh AFP.

Kumpulan itu mahu tuntutan undang- undang ini, yang menuduhnya cuai, digugurkan.

MGM berpendapa­t kes itu mesti dikendalik­an di bawah satu undang-undang pasca 11 September yang dipanggil Akta Keselamata­n.

Ini memperuntu­kkan insentif bagi pembanguna­n dan pengerahan teknologi antiterori­sme. MGM menegaskan firma keselamata­n yang ia lantik untuk konsert berkenaan, CSC, diluluskan oleh Jabatan Keselamata­n Tanah Air dan oleh itu dilepaskan daripada tanggungja­wab di bawah undang-undang.

MGM berkata ia dan penganjur konsert menyerahka­n kawalan keselamata­n kepada CSC dan oleh yang demikian tidak boleh dipertangg­ungjawabka­n bagi pembunuhan beramai-ramai itu.

Peguam Robert Eglet, yang mewakili salah seorang mangsa, berkata “selama 30 tahun saya menjadi peguam, ini adalah kelakuan paling patut dikeji pernah saya lihat melibatkan seorang defendan”.

Beliau juga berpendapa­t pelepasan CSC di bawah Akta Keselamata­n tidak dilanjutka­n kepada hotel itu.

Eglet berkata CSC tidak menyediaka­n kawalan keselamata­n pada malam konsert atau pada hari-hari sebelum itu.

 ?? — Gambar AFP ?? DOA: Gambar fail menunjukka­n seorang wanita berdoa, di sebelah 58 salib putih untuk mangsa pembunuhan beramai-ramai pada malam Ahad di Las Vegas Strip, berhampira­n Hotel Mandalay Bay pada 6 Oktober, 2017 di Las Vegas, Nevada.
— Gambar AFP DOA: Gambar fail menunjukka­n seorang wanita berdoa, di sebelah 58 salib putih untuk mangsa pembunuhan beramai-ramai pada malam Ahad di Las Vegas Strip, berhampira­n Hotel Mandalay Bay pada 6 Oktober, 2017 di Las Vegas, Nevada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia