Utusan Borneo (Sarawak)

Texas tolak seruan pengampuna­n, hukum mati pembunuh kejam

-

WASHINGTON: Negeri Texas di Amerika Syarikat (AS) kelmarin menjalanka­n hukuman mati ke atas seorang banduan walaupun seruan utuk meringanka­n hukuman dibuat oleh seorang anak lelaki kepada lelaki yang dibunuhnya.

Christophe­r Young disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2018 pada jam 6.38 petang waktu tempatan, kata Jabatan Keadilan Jenayah di negeri selatan itu.

Mitesh Patel, anak lelaki mangsa, berkempen sejak beberapa minggu lalu untuk meminta gabenor Texas memberi peluang kepada banduan itu, bapa kepada tiga anak.

Mitesh Patel melawat Christophe­r Young pada Isnin lepas dan menggambar­kan pertemuan itu sebagai menyentuh emosi bagi keduadua mereka.

Kata-kata terakhir lelaki yang dihukum itu diajukan kepada keluarga mangsa: “Saya mahu memastikan keluarga Patel tahu saya menyayangi mereka seperti mereka menyayangi saya.”

“Pastikan budak- budak di dunia tahu saya akan menjalani hukuman mati dan budak-budak itu yang saya telah bimbing untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.

Pada November 2004, ketika dipengaruh­i arak dan dadah, Young menembak mati pengurus sebuah pasar raya di San Antonio.

Dia juga didakwa atas tuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita pada hari yang sama.

Young, yang merupakan anggota satu kumpulan samseng yang ganas, berkata dia tidak ada hasrat untuk meragut nyawa ahli periagaan berusia 50 tahun itu yang bernama Hasmukh Patel.

Kejadian telah dirakamkan oleh kamera pengawasan.

 ??  ?? YOUNG
YOUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia