Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran besar ancam Taman Negara Yosemite

-

LOS ANGELES: Kebakaran besar di utara California memusnahka­n kawasan seluas 12,000 ekar, membunuh seorang individu dan mengancam Taman Negara Yosemite, kata pihak berkuasa kelmarin.

Kebakaran Ferguson sudah membara di hutan Sierra Nevada sejak Jumaat lepas dan hanya lima peratus dibendung setakat kelmarin, menurut agensi bomba California, Calfire, yang turut melaporkan seorang anggota bomba terkorban dalam operasi yang dijalankan.

Kira- kira 1,500 anggota bomba digerakkan ke kawasan terjejas, tetapi permukaan bumi yang sukar telah menyekat aktiviti mereka dan akses ke kawasan kebakaran.

Kebakaran itu mendapat bahan bakar yang begitu banyak dari segi kayu daripada pokok mati – 27 juta batang pokok mati pada tahun lepas dan 62 batang pada tahun sebelum itu selepas kemarau selama bertahun-tahun – selain daun dan rumput yang dikeringka­n oleh bahang yang begitu kuat.

Evakuasi diarahkan di beberapa kem dan di kawasan lain Calfire meminta rakyat bersiap sedia untuk meninggalk­an kediaman mereka, dengan mengambil kira ramalan mengenai suhu panas dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Kebakaran itu memaksa penutupan sebatang lebuh raya dan salah satu pagar masuk ke Taman Negara Yosemite, yang terkenal dengan pokok sequoia yang gergasi dan purba.

Pihak berkuasa menggesa pelancong menangguhk­an lawatan ke lokasi pelanconga­n yang ikonik di California ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia