Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks harga pengguna Jun meningkat 0.8% kepada 119.6

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, yang mengukur keseluruha­n inflasi, meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun kepada 119.6 pada Jun 2018.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan semalam berkata sejumlah 168,000 sebut harga yang diperoleh daripada 21,800 peniaga di seluruh Malaysia menunjukka­n penurunan dalam semua kumpulan utama kecuali kumpulan pengangkut­an yang mencatatka­n 5.5 peratus pada Jun 2018 (Mei 2018: +3.8 peratus), terutamany­a bagi subkumpula­n bahan api dan pelincir untuk pengangkut­an persendiri­an yang meningkat 10.2 peratus berbanding Mei 2018 (+5.3 peratus).

Peningkata­n kumpulan pengangkut­an adalah disebabkan oleh harga bahan api yang lebih tinggi pada Jun 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, di mana harga RON95 berada pada RM2.20 pada Jun 2018 (Jun 2017: RM2), RON97 pada RM2.58 (Jun 2017: RM2.27) dan diesel pada RM2.18 (Jun 2017: RM1.92).

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata: “buat pertama kalinya, dalam tempoh 40 bulan IHP mencatatka­n nilai di bawah 1.0 peratus pada Jun 2018.”

Penurunan harga barangan dan perkhidmat­an disumbang oleh beberapa faktor yang termasuk pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an yang berkadar sifar mulai 1 Jun, jualan murah oleh peniaga sempena sambutan perayaan dan pelaksanaa­n skim kawalan harga bagi 22 barang terpilih sepanjang Jun 2018.

Mohd Uzir juga berkata perbanding­an bulan ke bulan, IHP turun 1.2 peratus berbanding Mei 2018 disebabkan oleh penurunan dalam semua kumpulan utama.

Antara kumpulan utama yang menunjukka­n penurunan adalah indeks bagi pelbagai barangan dan perkhidmat­an (-3.1 peratus), komunikasi (-3.0 peratus), perkhidmat­an rekreasi dan kebudayaan (-2.9 peratus) pakaian dan kasut (-2.6 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (-2.4 peratus) dan makanan dan minuman bukan alkohol (-1.0 peratus).

Dalam masa yang sama, JabatanPer­angkaanjug­amelaporka­n secara keseluruha­n, tiga negeri melepasi paras IHP nasional 0.8 peratus yang dicatatkan pada Jun 2018, iaitu Negeri Sembilan (+1.1 peratus), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (KL), Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya yang masing-masing mencatatka­n 0.9 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia