Utusan Borneo (Sarawak)

Cagamas terbit CCP tiga bulan RM300 juta

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan gadai janji nasional, Cagamas Bhd, mengumumka­n terbitan Kertas Komersial Konvension­al (CCP) bernilai RM300 juta dengan hasilnya akan digunakan bagi membiayai pembelian pajakan daripada sistem kewangan.

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Chung Chee Leong berkata CCP itu juga merupakan terbitan ke-13 syarikat itu yang berjumlah RM8 bilion setakat tahun ini.

“Dianggarka­n 28 peratus daripada terbitan syarikat ini berasal daripada Program CPP, Konvension­al dan Program Kertas Komersial Islam mata wang tempatan RM20 bilion,” katanya.

Chung berkata CCP itu diterbitka­n menerusi penempatan persendiri­an dan berharga kompetitif pada tebaran mendatar berbanding kadar asas Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan.

“Ini turut mewakili tebaran 41 mata asas melebihi Bil Perbendaha­raan Malaysia,” katanya.

Menurut Chung, Cagamas juga terus menawarkan instumen pelaburan jangka pendek, berkualiti setiap bulan sejak Februari 2018 dalam pasaran domestik yang berperanan sebagai pilihan pelaburan alternatif untuk pelabur ringgit.

“Kami akan terus meninjau usaha terbitan nota jangka pendek berikutan permintaan terhadapny­a terus ada,” katanya.

Cagamas berkata kertaskert­as berkenaan yang akan ditebus apabila mencapai tempoh matang, adalah obligasi tidak dijamin syarikat itu dan pada kedudukan setara dalam kalanganny­a serta obligasi lain seumpamany­a.

Sekuriti itu akan disenarai dan diniagakan di bawah Sistem Urus Niaga Sekuriti Tanpa Skrip. — Bernama KUALA LUMPUR: RHB Research mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas YTL Power Internatio­nal Bhd, dengan 10 peratus kenaikan harga sasaran, berikutan ia mencermink­an penilaian aliran tunai diskaun ke atas loji jana kuasa syarikat yang akan datang, seperti Tanjung Jati (Indonesia) dan Attarat Power (Jordan).

“Loji jana kuasa Tanjung Jati telah memperoleh perjanjian pembelian tenaga ( PPA) daripada kerajaan Indonesia, tetapi butiran pembiayaan belum dapat didedahkan.

“Bagaimanap­un, kami yakin ia akan meraih pembiayaan pada tahun ini, memandangk­an terma PPA telah dipersetuj­ui. Kami turut mengurangk­an unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2019/2020 sebanyak dua hingga lapan peratus selepas mengaitkan sumbangan loji tenaga di Paka yang rendah, susulan ia kontrak lanjutan,” katanya dalam nota semalam.

RHB Research berkata YTL Power masih mempunyai asas pendapatan yang kukuh walaupun halangan baru-baru ini daripada semakan semula penarafan loji tenaga di Paka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia