Perfect Livin’18 Home Expo kembali lagi, 19-22 Julai
KUCHING: Perfect Livin’18 Home Expo kembali lagi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 19 hingga 22 Julai ini.
Penganjur ekspo itu i.Star Ideas Factory Sdn Bhd Jason Yap berkata Perfect Livin’18 Home Expo merupakan pameran terbesar gaya hidup selain pusat sehenti untuk mendapatkan pelbagai perabot dan perkakasan rumah berkualiti tinggi.
“Ini adalah pusat sehenti untuk segala-galanya berkaitan rumah anda.
“Kami telah mengadakan sekurang-kurangnya 12 pameran di seluruh negara dan Kuching antara lokasi pilihan kerana respons yang amat menggalakkan daripada rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Yap berkata untuk Kuch- ing, pihaknya menganjurkan Perfect Livin’18 Home Expo dua kali setahun.
“Atas sebab tertentu, penduduk Kuching sangat tertarik dengan pameran kami dan kami biasanya mendapat maklum balas yang sangat baik,” ujarnya.
Selain menawarkan produk berkualiti tinggi, penganjurannya pada Julai cukup istimewa, kerana sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan ( GST) dikenakan dan sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.
Tambahnya, tarikan utama kepada pengunjung kali ini, sudah tentu tawaran istimewa diberikan oleh pempamer selain banyak hadiah menarik menunggu untuk dimenangi.
“Sebaik pengunjung mendaftar, mereka akan mendapat botol minuman alumini- um malah tanpa melakukan sebarang pembelian, pengunjung masih berpeluang menyertai cabutan bertuah.
“Jika mereka melakukan pembelian, mereka juga berpeluang menyertai satu lagi cabutan bertuah . Jika melakukan pembelian lebih RM500 mereka layak mendapat hadiah bernilai tinggi,” tambah Yap.
Tambahnya, pengunjung yang telah menuntut hadiah jaminan layak untuk cabutan bertuah untuk mendapatkan baucar tunai.
Perfect Livin’18 Home Expo dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 9 malam bermula Khamis hingga Ahad.
Orang ramai boleh mengetahui maklumat lanjut dengan melayari www.perfectlivin. com atau berhubung terus menerusi Facebook atau Twitter.