PROMOSI POTENSI SUKAN KOTA SAMARAHAN
Samarahan Half Marathon 2018 pada 23 September mampu tingkat pelancongan sukan
KOTA SAMARAHAN: Acara larian Samarahan Half Marathon 2018 yang akan diadakan pada 23 September depan berpotensi mempromosikan Kota Samarahan sebagai destinasi pelancongan sukan kepada warga tempatan dan luar negara.
Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu berkata, Samarahan mempunyai banyak tempat menarik seperti Jambatan Samarahan sepanjang 788 meter dan produk pelancongan lain yang boleh menjadi daya tarikan orang ramai untuk menyertai larian tersebut.
“Kota Samarahan dapat diketengahkan sebagai destinasi pelancongan sukan yang berpotensi menarik peminat sukan acara larian ke Bahagian Samarahan,” katanya pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Samarahan semalam.
“Larian ini juga boleh dijadikan acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak sekali gus memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menerima limpahan ekonomi hasil daripada penganjuran acara sebegini.
“Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya melaukan aktiviti kecergasan demi mengekalkan tahap kesihatan yang baik.”
Larian edisi pertama itu anjuran kerajaan Sarawak menerusi kerjasama Kementerian Pelancongan,
Kota Samarahan dapat diketengahkan sebagai destinasi pelancongan sukan yang berpotensi menarik peminat sukan acara larian ke Bahagian Samarahan. Brahim Lumpu Residen Bahagian Samarahan
Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
Ia akan bermula di Halaman Samarahan yang terletak bersebelahan dengan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).
Menurut Brahim, larian itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu half marathon ( terbuka lelaki dan wanita), 10km ( terbuka lelaki dan wanita) dan 5km ( pelajar sekolah dan larian santai).
Jelasnya, yuran bagi kategori half marathon sebanyak RM70 bagi lelaki dan wanita, RM60 bagi kategori 10km, RM45 bagi kategori larian santai dan RM35 bagi pelajar sekolah dengan tarikh tutup pendaftaran pada 5 Ogos.
Katanya, hadiah wang tunai berjumlah lebih RM10,000 menanti 20 pelari terpantas bagi kategori half marathon, 10km dan 5km ( pelajar sekolah).
“Kita mahu penyertaan seramai mungkin walaupun anggaran sasaran adalah seramai 1,000 peserta,” katanya lagi.
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www. malaysiarunner. com atau di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan atau di Revolution Run, Green Height Mall.