Penduduk sekitar Empangan Bengoh jalani latihan kecemasan
Ia melibatkan penduduk Kampung Bengoh, Danu, Semadang, Garung, Karu, Giam Asar, Gian Bauh, Benuk dan Git
KUCHING: Sembilan kampung yang berada di hilir Empangan Bengoh digemparkan dengan siren kecemasan yang menandakan empangan air tersebut pecah.
Kampung-kampung tersebut adalah Bengoh, Danu, Semadang, Garung, Karu, Giam Asar, Gian Bauh, Benuk dan Git.
Bagaimanapun, ia hanyalah latihan kecemasan Empangan Bengoh yang dijalankan serentak membabitkan semua perkampungan Bidayuh tersebut di mana penduduknya juga sudah dimaklumkan awal.
Sebaik sahaja siren diaktifkan sekitar jam 2 petang semalam, para penduduk kelihatan memberi kerjasama baik dengan keluar dari rumah dan pergi berkumpul di tempat berkumpul kecemasan yang ditetapkan di kampung masing-masing.
Turut berada di tempat berkumpul kecemasan di setiap kampung adalah pegawai-pegawai Lembaga Air Kuching (LAK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Apabila penduduk telah berada di tempat berkumpul semasa kecemasan, penduduk hendaklah bertenang dan menunggu arahan daripada pihak pengurusan EERP untuk tindakan seterusnya.
(JBPM).
Latihan kecemasan Empangan Bengoh adalah pertama kali diadakan sejak penakungan air di empangan tersebut dilakukan pada 2015.
Pengurus Besar LAK Mohamad Sabari Shakeran dalam kenyataannya, berkata jika berlaku kemungkinan Empangan Bengoh pecah, pengurusan LAK akan memaklumkan kepada ketua kampung melalui SMS, kumpulan Whatsapp EERP dan telefon untuk tindakan kecemasan.
Selepas menerima maklumat, ketua kampung bertanggungjawab memastikan siren diaktifkan dan sebaik sahaja siren berbunyi, semua penduduk dengan segera perlu bergerak ke tempat berkumpul kecemasan yang telah ditetapkan.
“Apabila penduduk telah berada di tempat berkumpul semasa kecemasan, penduduk hendaklah bertenang dan menunggu arahan daripada pihak pengurusan EERP untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Mohamad Sabari berkata ada waktu kecemasan, siren akan berbunyi selama 10 saat dan berhenti selama 30 saat secara berulang serta berterusan.
Pada November tahun lepas, Empangan Puncak Borneo telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk terutama yang tinggal di hilirnya, setelah dinding empangan itu dida- pati mengalami keretakan dan bocor, sehingga air yang ditakung berkurangan sekitar lima kaki daripada paras normal.
Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom kemudian segera tampil dengan penjelasan bahawa keretakan seperti yang didakwa itu sebenarnya merupakan sendi empangan, yang direka sedemikian rupa bagi membenarkan proses pengembangan dan pengecutan akibat perubahan suhu dalam struktur empangan.
Katanya aliran air dalam ‘movement joints’ ini sememangnya telah dijangka dan bukannya keretakan.
Empangan Bengoh yang mula dibina pada 2007 dengan kos RM310 juta mampu menakung sebanyak 144 juta meter kubik air, untuk menampung keperluan air bersih kepada hampir dua juta pengguna di sekitar bandar raya Kuching menjelang 2030.
Reka bentuk empangan ini membolehkannya membekalkan 130 juta mililiter tambahan air mentah kepada Loji Rawatan Air Batu Kitang sebelum disalur kepada pengguna sekitar Kuching.
Mohamad Sabari Shakeran Pengurus Besar LAK