Turki sangkal dakwaan cuba ‘menculik’ guru di Mongolia
ANKARA: Turki kelmarin menolak dakwaan ia cuba menculik seorang guru dari Mongolia mempunyai hubungan dengan ketua sebuah pergerakan pengganas Ankara dituduh mencetuskan cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016.
Pihak berkuasa Mongolia pada Jumaat lepas telah menahan sebuah jet tentera udara Turki yang disyaki selepas beberapa saksi menyatakan penyerang telah menculik seorang lelaki dikaitkan dengan kumpulan yang diketuai oleh ulama Fethullah Gulen yang berada di Amerika Syarikat.
Veysel Akcay, ketika ditanya siapa yang mendalangi cubaan penculikannya, beliau hanya menjawab: “Saya tidak tahu.”
Lelaki berudia 50 tahun itu adalah pengarah sebuah sekolah di Mongolia yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Gulen, walaupun guru di sana menafikan hubungan ketika menjawap soalan daripada AFP.
“Kami berasa sangat tidak selesa dengan kenyataan mengenai kejadian Jumaat lepas... telah dikatakan sebagai satu operasi penculikan,” jurucakap kementerian luar Turki Hami Aksoy menyatakan dalam satu kenyataan.
“Semua dakwaan tersebut adalah palsu dan kami menafikannya.”
Seramai lima lelaki telah menculik Akcay dari luar rumahnya di bandar utama Ulaanbaatar di Mongolia pada pagi Jumaat dan menolak beliau masuk ke dalam sebuah bas mini, meurut rakan dan saksi kejadian.
Timbalan menteri luar Mongolia Battsetseg Batmunkh memberi amaran kepada pegawai kedutaan Turki pada Jumaat lepas bahawa sebarang cubaan untuk menculik seseorang dari wilayah Mongolia adalah bersamaan dengan “pencabulan serius terhadap kemerdekaan dan kedaulatan Mongolia”.
Pesawat yang dipersoalkan kemudian berlepas pada lewat Jumaat tanpa Akcay di dalamnya.
Rampasan kuasa yang ditangguhkan di Turki pada Julai 2016 telah dipersalahkan oleh pihak berkuasa terhadap pergerakan Gulenist – sebuah kumpulan yang dikatakan sebagai “pengganas” oleh Turki – dan mendesak kebangkitan paling besar dalam sejarah moden negara, termasuk penahanan kira-kira 80,000 orang.
Gulen menafikan sebarang kaitan dengan rampasan kuasa dan menegaskan beliau mengetuai sebuah kumpulan Islam bersifat sederhana.
Kementerian dalam negeri kelmarin menyatakan 50 pengikut Gulenis telah “dihantar” ke Turki dari bahagian berbahasa Turki di pulau Cyprus, lapor agensi berita Anadolu. — AFP