Trudeau beri penghormatan korban Toronto
TORONTO: PerdanaMenteri Kanada Justin Trudeau memberi penghormatan kelmarin kepada mangsa kejadian tembakan di Toronto pada minggu lepas, dan menghadiri upacara pengebumian salah seorang daripada mereka – seorang gadis berusia 18 tahun.
Trudeau menyatakan beliau tersentuh dengan “kebingkasan dan kekuatan” di kalangan penduduk Toronto dalam berdepan dengan tragedi tersebut, selepas meletakkan kalungan bunga di sebuah tugu peringatan sementara untuk mangsa.
Perdana menteri itu pada mulanya menghadiri majlis pengebumian Reese Fallon, 18, yang telah dijangka akan memulakan pengajian di universiti dalam bidang kejururawatan pada September. Julianna Kozis, 10, dike- bumikan dalam satu upacara pengebumian berasingan jauh dari pandangan umum.
Pada petang Ahad 22 Julai, seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah dataran yang sibuk di bahagian Greek di metropolis Kanada, mengorbankan Fallon dan Kozis, serta mencederakan 13 yang lain.
Penyerang tersebut, Faisal Hussain, seorang lelaki berusia 29 tahun yang, menurut keluarganya, mengalami sakit mental, telah ditemui meinggal dunia selepas satu kejadian berbalas tembakan dengan polis.
“Tanggungjawab asas kami sebagai kerajaan adalah untuk memastikan rakyat kami selamat,” komen Trudeau.
“Kami telah meneliti beberapa perkara yang telah dilakukan di seluruh dunia dan bidang kuasa lain, me- lihat kepada bukti terbaik, data terbaik bagi membuat keputusan yang betul, bagi memastikan kami telah memastikan bahawa rakyat kami, komuniti kami, adalah selamat,” kata beliau, tanpa memberi maklumat lanjut.
Selepas kejadian tembakan itu, Datuk Bandar Toronto John Tory telah memohon bagi kawalan senjata yang lebih ketat, termasuk pengharaman pistol.
Metropolis keempat paling besar di benua ini berdasarkan populasiya, Toronto sejak baru-baru ini telah melihat beberapa keganasan senjata.
Menurut statistik jenayah, terdapat 233 kejadian tembakan di Toronto pada tahun ini sahaja yang menyebabkan 30 kematian. Kedua- dua jumlah tersebut telah meningkat sedikit dari tahun lepas. — AFP