PBT digesa segera atasi masalah banjir kilat Banjir kilat kerap berlaku dan melanda beberapa kawasan sekitar bandar raya Miri: Omar
MIRI: Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak menggesa pihak berkuasa tempatan ( PBT) di sini mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku dan melanda beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.
Yang Dipertua MAPIM Sarawak Omar Immun berkata pihaknya simpati dengan keadaan banjir kilat menimpa penduduk terjejas, turut berasa terkilan dengan situasi berlaku apabila melibatkan beberapa sekolah di sekitar dan pinggir bandar raya ini.
“MAPIM Sarawak mewakili suara ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) di bahagian Miri ingin melahirkan rasa bimbang ibu bapa dan penjaga dengan situasi banjir kilat itu,” katanya di sini semalam.
Hujan lebat turun sejak tengah malam sehingga awal pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di Miri ditenggelami air sehingga satu meter seperti dakwaan beberapa penduduk.
Namun, apa yang menimbulkan rasa kesal MAPIM beberapa sekolah di sini didapati turut digenangi air banjir sehingga menjejaskan sesi dan aktiviti persekolahan.
“Kami difahamkan antara sekolah terjejas seperti Sekolah Kebangsaan ( SK) Lepong Ajoi, Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Chung Hua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tunku, SMK Agama, Sekolah Menengah (SM) Sains dan beberapa sekolah lain.
“Malah, beberapa kawasan perumahan dan penempatan komuniti juga terjejas teruk sehingga menyukarkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dan menjalani aktiviti harian mereka,” katanya.
Turut terjejas teruk akibat banjir kilat berlaku awal pagi semalam ialah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Rait dekat sini ditenggelami air lebih satu meter di beberapa bahagiannya.
Omar yang juga Ketua Penerangan MAPIM K e b a n g s a a n b e r k a t a
Omar Immun Yang Dipertua MAPIM Sarawak
Miri sebuah bandar raya membangun pesat disarankan segera menangani masalah perparitan kerana masalah banjir kilat adalah isu berulang apabila berlaku hujan lebat berterusan.
Sementara itu, Pengerusi PIBG SMK Agama Miri Mariani Juraibi turut berkongsi pandangan serupa dengan MAPIM Sarawak dan menyarankan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat.
“Ia mencetuskan rasa bimbang terutama dari segi keselamatan pelajar dan guru jika membabitkan sekolah dan keselamatan orang awam di seluruh kawasan terjejas,” katanya.