Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020: Mahfuz

-

KEPALA BATAS: Kementeria­n Sumber Manusia menyasarka­n untuk meningkatk­an jumlah tenaga kerja mahir tempatan kepada 35 peratus menjelang 2020 berbanding 27 peratus sekarang.

Timbalan Menterinya Datuk Mahfuz Omar berkata langkah itu perlu bagi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap sumber luar pada masa akan datang.

“... negara kita sekarang ini amat memerlukan tenaga kerja mahir daripada anak tempatan untuk menyumbang tenaga mereka bagi meningkatk­an keupayaan industri negara… itu matlamat kementeria­n,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Projek Inovasi Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kepala Batas dan merasmikan Pusat Latihan Refrigeran Mudah Bakar pertama di Asia, di sini semalam.

Menyifatka­n ILP Kepala Batas antara pusat pengajian yang banyak melahirkan tenaga mahir dalam industri Penyejukbe­kuan dan Penyamanan Udara ( HVAC), Mahfuz optimis bahawa kemahiran yang diperoleh pelajar di institut itu dapat digilap untuk menjadi golongan usahawan yang berjaya.

“Kira-kira 80 peratus tenaga mahir dalam industri penyejukbe­kuan dan penyamanan udara rata-ratanya terdiri daripada juruteknik yang merupakan anak didik ILP di sini,” katanya.

Mahfuz berkata peningkata­n tenaga mahir tidak akan dapat dicapai sekiranya masyarakat tidak menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu sebagai indikator dalam men- gasah bakat dan kemahiran pelajar.

Bidang itu mampu menjamin masa depan yang cerah mengikut kehendak pasaran tenaga kerja pada masa kini, katanya.

Sementara itu Pengarah ILP Kepala Batas Zamzuri Hassan berkata penubuhan Pusat Latihan Refrigeran Mudah Bakar yang pertama di Asia bagi tujuan latihan industri dalam dan luar negara itu adalah hasil usaha berterusan antara warga kerja ILP dan peserta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia