Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai hidangan makanan laut di Little Foot Cafe & Park

-

KUCHING: Ingin mencari tempat makan selesa yang menawarkan pelbagai hidangan makanan? Cubalah Little Foot Cafe & Park yang terletak di Jalan Hup Kee di sini.

Little Foot Cafe & Park menawarkan hidangan kebanyakan­nya makanan laut dan yang lebih penting, ia beroperasi pada siang hari sementara banyak restoran makanan laut dibuka pada waktu malam.

Keistimewa­annya ialah ‘seafood pot’ dan hidangan itu harus dicuba oleh setiap pelanggan.

Meskipun Little Foot Cafe & Park memberi tumpuan kepada menu makanan lautnya, ia juga menawarkan makanan tempatan seperti mi kolok, laksa, nasi ayam, dim sum, rojak, ABC, ikan bakar serta makanan Indonesia untuk sarapan pagi dan tengah hari.

Restoran itu merancang untuk membuka gerai makanan bagi menawarkan hidangan barat tidak lama lagi.

Selain itu, Little Foot Cafe & Park mampu memuatkan 80 meja untuk perayaan ulang tahun atau majlis khas seperti majlis perkahwina­n.

Perlu diingatkan bahawa kedai makanan itu tidak menghidang­kan daging babi.

Little Foot Cafe & Park dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 11 malam sementara hidangan makanan laut disediakan dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Ia terletak di Lot 789, Jalan Hup Kee (300 meter dari pusat beli-belah Boulevard)

Untuk tempahan atau butiran lanjut, sila hubungi 017-661 2411.

 ??  ??
 ?? — Gambar Edmund Chang ?? ENAK: Makanan istimewa Indonesia, nasi ayam penyet turut ditawarkan di Little Foot Cafe & Park.
— Gambar Edmund Chang ENAK: Makanan istimewa Indonesia, nasi ayam penyet turut ditawarkan di Little Foot Cafe & Park.
 ?? — Gambar Edmund Chang ?? MENYELERAK­AN: Hidangan ‘Seafood Pot’ yang ditawarkan di Little Foot Cafe & Park.
— Gambar Edmund Chang MENYELERAK­AN: Hidangan ‘Seafood Pot’ yang ditawarkan di Little Foot Cafe & Park.
 ?? — Gambar Edmund Chang ?? LAZAT: Tofu bersama isi ketam dan kailan.
— Gambar Edmund Chang LAZAT: Tofu bersama isi ketam dan kailan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia