Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Greenwood tawar rumah dengan rekaan unik, selesa dan di lokasi strategik

-

KUCHING: Orang ramai kini boleh membeli rumahrumah di Taman Greenwoods di Lot 740, Blok 5, Matang Land District dengan rekaan unik, selesa dan di lokasi strategik.

Pembinaan rumah- rumah di Taman Greenwood kini sudah mencapai tahap 80 peratus siap dan akan siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Ia terletak berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Kuching dan cuma lebih kurang lapan minit pemanduan ke Pasar Raya Emart, Matang.

Rumah-rumah yang dibina memberikan keselesaan ala gaya rumah resort berbumbung tinggi dengan ruang parkir kereta yang luas untuk kediaman keluarga.

Pihak pemaju Ganda Hasrat Holdings Sdn Bhd membina dua jenis rumah iaitu rumah teres setingkat dengan berkeluasa­n 20.6 kaki x 48 kaki yang mana lebih luas daripada rumah yang sama dengannya.

Sementara itu, rumah berkembar setingkat pula berkeluasa­n 23 kaki x 54 kaki dengan empat bilik yang juga lebih besar saiznya daripada rumah yang serupa dengannya.

Perjanjian pembelian dan jualan hartanah percuma dengan rebat sehingga RM18,888 tertakluk kepada terma dan syarat ditawarkan kepada pembeli.

Rumah teres setingkat dijual pada harga RM338,888 hingga RM375,888, manakala rumah berkembar setingkat berharga RM418,888 seunit.

Jasaland Property Consultant Sdn Bhd merupakan ejen hartanah berdaftar dan mereka yang boleh dihubungi untuk keterangan lanjut ialah Derrick Chang (016-8609733), Kenny Jee (016-8882808), Henry Tan (016-8932699), Philip Bong ( 012- 8810895), Andrew Lim (016-8692273), Alven Jap (016-4368114), Edmond Ng ( 016- 8800453) dan Ricky Poh (012-8352223).

 ??  ?? JOM BELI: Rumah-rumah di Taman Greenwood menawarkan kawasan parkir yang luas dan berbumbung tinggi serta selesa di lokasi strategik.
JOM BELI: Rumah-rumah di Taman Greenwood menawarkan kawasan parkir yang luas dan berbumbung tinggi serta selesa di lokasi strategik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia