Utusan Borneo (Sarawak)

Sayap baharu pusat penjagaan warga emas ‘Home of Peace’ dirasmi esok

-

KUCHING: Dua sayap baharu bagi pusat penjagaan warga emas swasta ‘Home of Peace’ akan diberkati dan dirasmikan oleh Uskup Agung Simon Poh dari Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching pada jam 2.30 petang esok.

Ia merupakan sebahagian daripada pembanguna­n fasa dua pusat ‘ Home of Peace’ dan pembinaan bermula pada Januari 2017 dan siap pada Mei 2018.

Kemudahan baharu menempatka­n lima unit bilik tidur dengan dua katil, sembilan unit bilik tidur dengan empat katil, seunit bilik untuk fisioterap­i, sebuah capel dan sebuah bilik urus mayat.

Sebuah bilik turut disediakan untuk ‘chaplain’ (paderi) dan seunit infirmari ( bilik sakit) untuk paderi yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.

Pentadbir pusat, Luke Laiti, mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua penderma kerana menjadikan projek itu satu kenyataan.

“Saya mengalu- alukan semua penyokong, penderma dan dermawan untuk hadir dan menyaksika­n perasmian dan pemberkata­n kedua-dua sayap baharu itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

‘Home of Peace’ merupakan sebuah institusi kebajikan yang diurus oleh Khidmat Kebajikan Katolik di bawah naungan Gereja Roman Katolik Kuching.

Pusat tersebut yang terletak di Jalan Landeh, menjaga warga emas yang papa dan melarat berusia 60 tahun dan ke atas, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Ia turut menyediaka­n penjagaan profesiona­l untuk penghuniny­a yang uzur.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan daripada orang ramai telah banyak membantu dalam usaha mengurus pusat itu saban hari selain membayar bil-bil mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat ‘Home of Peace’, orang ramai boleh menghubung­i pentadbirn­ya Luke Laiti menerusi talian 082-381262.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia