Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa rayu pihak berkuasa bantu bawa pulang anak perempuann­ya

-

BACHOK: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari rumahnya di Kampung Hujung Repek di sini sejak lebih tiga bulan lalu dan disyaki dilarikan oleh seorang lelaki, kini dipercayai berada di selatan Thailand.

Bapa remaja terbabit, Mohd Samuddin Mat Salleh, 50, berkata Mirsya Saffiyah yang hilang dari rumah pada 26 April lepas, ada menghubung­inya pada 25 Julai lalu menggunaka­n nombor telefon negara jiran tersebut.

“Panggilan itu sekejap sahaja tidak sampai seminit memberitah­u dia mahu pulang ke rumah tetapi tidak tahu dia berada di mana sebelum panggilan terputus. Semakan ke atas nombor telefon tersebut mendapati ia dari wilayah selatan Thai,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Samuddin yang juga seorang guru, berkata suspek yang berusia 19 tahun itu mengenali Mirsya Saffiyah ketika anaknya berada di tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini.

“Suspek pernah melarikan anak saya pada 2016 namun dengan bantuan pihak polis, anak saya berjaya ditemui semula,” katanya.

Katanya kali terakhir dia dan isteri yang juga seorang jururawat melihat anak mereka itu ialah pada hari kejadian sebelum mereka berdua keluar bekerja manakala seorang lagi anak mereka ke sekolah.

“Pada hari kejadian anak saya berada sendirian di rumah kerana membuat persiapan untuk mendaftar masuk ke kolej vokasional dan kami mengesyaki lelaki berkenaan datang ke rumah untuk melarikan anak saya dan membawanya ke selatan Thai untuk berkahwin. Selain itu kami juga mendapat maklumat lelaki berkenaan mempunyai anggota keluarga yang berasal dari sana,” katanya.

Sebaik menyedari kehilangan anaknya itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok serta menemui Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan bagi meminta bantuan polis mengesan dan membawa pulang anak gadisnya.

Mohd Samuddin juga meminta Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta orang ramai membantu mengesan dan membawa pulang anaknya itu.

Polis pada Jun lalu dilaporkan berkata mereka sedang mengesan remaja lelaki berusia 19 tahun, dikenali sebagai Mohd Edry Farhan Suding dari Kampung Gelang Gelonggong, Beris Lalang, Bachok bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mengetahui atau menemui kedua-dua remaja terbabit boleh menghubung­i talian 09-7788222 atau menghubung­i Insp. Nazri Mohamad di talian 016 5555576 untuk menyalurka­n maklumat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DICULIK: Mohd Samuddin bersama isteri Salina menunjukka­n gambar anaknya Mirsya dilarikan (diculik) sudah tiga bulan dipercayai ke selatan Thai untuk berkahwin di Bachok, semalam.
— Gambar Bernama DICULIK: Mohd Samuddin bersama isteri Salina menunjukka­n gambar anaknya Mirsya dilarikan (diculik) sudah tiga bulan dipercayai ke selatan Thai untuk berkahwin di Bachok, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Muhamad Halim (dua kiri) menunjukka­n antara air ketum yang dirampas selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN: Muhamad Halim (dua kiri) menunjukka­n antara air ketum yang dirampas selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia