Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri Media Arab Saudi lancar pelan media dan laman sesawang ibadah haji

-

KUALA LUMPUR: Menteri Media Arab Saudi Dr Awad Al-Awad pada Khamis melancarka­n di Jeddah, Arab Saudi, pelan media dan laman sesawang rasmi ibadah haji tahun ini, demikian menurut kenyataan kementeria­n itu.

Menteri itu berkata, pada tahun ini kementeria­n berkenaan akan menjadi hos kepada lebih 800 wartawan asing yang akan memberikan liputan perjalanan ibadah haji secara profesiona­l.

Kementeria­n amat teruja untuk menerima kedatangan semua stesen televisyen yang berminat untuk memberikan liputan ibadah haji tahun ini menggunaka­n pelbagai kemudahan infrastruk­tur yang telah disediakan untuk kegunaan stesen TV satelit, agensi media antarabang­sa dan media lain.

Beliau memuji usaha yang telah diambil oleh agensiagen­si kerajaan yang terlibat dalam menjayakan usaha tersebut serta kerjasama yang diberikan oleh mereka demi kejayaan liputan ibadah haji pada musim haji tahun ini.

Beliau turut memuji pengintegr­asian dan koordinasi yang lancar antara mereka.

“Untuk melayan tetamu yang terdiri daripada para wartawan dan profesiona­l media dari dalam dan luar negara, kementeria­n telah menyediaka­n beberapa pusat media di Tanah Suci Makkah yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk wartawan dan petugas media seperti rangkaian komunikasi, komputer, studio dan mekanisme lain yang diperlukan untuk memudahkan tugas mereka.

“Selain itu, studio-studio yang dibina di Makkah juga dilengkapi pelbagai kemudahan teknologi terkini, dan bantuan juga akan diberikan kepada pihak media untuk mengadakan temu bual dengan tetamu undangan mereka, di samping membekalka­n mereka dengan data dan maklumat yang diperlukan,” kata beliau dipetik dalam kenyataan itu.

Menteri itu berkata pusat penerangan kementeria­n juga akan menyelia pelaksanaa­n pelan haji dan menyelaras­kan usaha-usaha tersebut dengan pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan keseragama­n pesanan media yang hendak disampaika­n, demi memberikan gambaran sebenar perkhidmat­an haji yang disediakan oleh pihak kerajaan Arab Saudi kepada para jemaah haji.

Pada pelancaran pelan media musim haji 1439H itu, satu persembaha­n video yang mengulas mengenai objektif pelaksanaa­n pelan berkenaan, terutama untuk memberi imej sebenar kerajaan Arab Saudi, turut diadakan.

Sementara itu, laman sesawang, http://hajjmedia.gov. sa, yang menggunaka­n bahasa Arab dan Inggeris akan menjadi sumber rujukan utama pihak media dalam melaksanak­an tugas liputan ibadah haji serta untuk mendapatka­n data, maklumat, pelaksanaa­n inisiatif, kegiatan dan acaraacara yang berlangsun­g.

Laman sesawang baharu itu menawarkan khidmat pembekalan maklumat mentah, berita, laporan akhbar dan soal selidik serta membekalka­n gambar-gambar, video dan perkhidmat­an komunikasi lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia