Utusan Borneo (Sarawak)

Fahami panduan khidmat perayauan untuk elak kejutan bil

-

PUTRAJAYA: Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk memahami panduan penggunaan perkhidmat­an perayauan antarabang­sa bagi mengelak kejutan bil telefon yang tinggi selepas kembali ke tanah air, kata Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( CFM).

CFM dalam kenyataan semalam juga menyaranka­n agar pengguna mengambil langkah berhati- hati jika ingin menggunaka­n data Internet semasa berada di luar negara dengan mendapatka­n maklumat lanjut tentang harga dan pakej perayauan yang disediakan penyedia perkhidmat­an.

Pengerusi CFM Mohamad Yusrizal Yusoff berkata antara langkah yang perlu diambil adalah tidak menggunaka­n dua kad sim dalam satu telefon bimbit jika jemaah tidak biasa dengan tetapan telefon yang perlu diubah sebaliknya menggunaka­n kad sim antarabang­sa yang dijual di Malaysia atau membeli kad sim tempatan sebaik tiba di Arab Saudi.

Jemaah juga boleh menyahakti­fkan ‘ sambungan automatik ke rangkaian’ dan menukar kepada mod ‘ Airplane’ serta hanya menggunaka­n sambungan Wi- Fi untuk berhubung dengan menggunaka­n aplikasi seperti ‘ WhatsApp Call/ Video Call’, katanya. — Bernama KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mewujudkan modul baharu untuk kursus perkahwina­n, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata modul baharu tersebut akan lebih komprehens­if berbanding dengan modul sedia ada.

“Modul baharu ini termasukla­h mengenai tanggungja­wab suami isteri, komunikasi yang lebih baik antara kedua- dua pihak supaya dapat mewujudkan persefaham­an yang lebih baik, bukan sekadar mengenai apa itu perkahwina­n, rukun perkahwina­n dan perkara sah perkahwina­n.

“Modul baharu untuk kursus perkahwina­n ini kita rasa perlu dilaksanak­an kerana modul perkahwina­n yang sedia ada, orang hadiri cuma untuk dapatkan sijil yang melayakkan untuk berkahwin,” katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Wanita Kelantan di sini, semalam.

Fuziah berkata pihaknya telah mengadakan persidanga­n dengan ketua- ketua hakim syarie dan semua anggota Majlis Mesyuarat ( Exco) kerajaan negeri yang bertanggun­gjawab ke atas agama Islam mengenai perkara tersebut yang kini masih dalam perbincang­an.

Beliau berkata perkahwina­n ibarat perjanjian iaitu kehidupan yang panjang yang memerlukan persefaham­an, oleh itu latihan yang sewajarnya diperlukan supaya perkahwina­n dalam tempoh 6 bulan pertama, iaitu tempoh yang paling sukar untuk memahami satu sama lain dapat ditempuhi dengan baik oleh suami isteri.

Beliau berkata dengan adanya modul baharu itu, mereka yang berkahwin akan didedahkan dengan kemahiran untuk melayari bahtera dengan tekanan keluarga, persekitar­an, pekerjaan dan sebagainya.

“Terlalu banyak perubahan dalam kehidupan selepas berkahwin yang akan dihadapi, oleh itu dengan adanya modul baharu ini, sekurang-kurangnya boleh menyiapkan pasangan untuk menghadapi tekanan sebegini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia