Utusan Borneo (Sarawak)

Mahadzir Lokman meninggal dunia di Sabah

-

KOTA KINABALU: Bekas personalit­i TV Datuk Mahadzir Lokman, 61, disahkan meninggal dunia di sebuah hotel dekat sini kira- kira jam 9.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Habibi Majinji berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 11 pagi.

Habibi ketika dihubungi Bernama berkata mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 31 Julai lalu atas urusan kerja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), pagi semalam.

“Tidak terdapat unsurunsur jenayah dan mangsa berkemungk­inan mati disebabkan sakit yang dialaminya sebelum ini. Bagaimanap­un, siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira jam 1.55 petang, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama isteri Datin Seri Shuryani Shuaib tiba di perkaranga­n Jabatan Forensik HQE1 dipercayai menziarahi jenazah allahyarha­m.

Mohd Shafie meluangkan masa kira-kira 15 minit sebelum beredar meninggalk­an hospital.

Sementara itu, ShangriLa Tanjung Aru Resort and Spa dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyedari kejadian itu kira-kira 10 pagi tadi sebelum menghubung­i pihak hospital.

“Pengurusan dan kakitangan di sini mengucapka­n takziah kepada keluarga Allahyarha­m dan kami akan melakukan semua yang perlu untuk membantu keluarga Allahyarha­m.

“Kami juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalanka­n siasatan,” tambah kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia