Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Q400 Bombardier dapat perakuan daripada pihak berkuasa Kanada

-

KUALA LUMPUR: Bombardier Commercial Aircraft, peneraju global dalam industri pengangkut­an, mendapat perakuan daripada Pengangkut­an Kanada bagi konfiguras­i pesawat Q400 dengan 90 penumpang.

Dalam satu kenyataan, Bombardier Commercial Aircraft mengatakan bahawa pengesahan itu telah menjadikan­nya pesawat turboprop komersil pertama dalam pengeluara­n untuk mencapai kapasiti tersebut.

“Dengan meningkatn­ya jumlah penumpang bagi setiap perlepasan dalam pasaran turboprop, kami teruja untuk menawarkan pelanggan kami konfiguras­i kapasiti yang lebih tinggi dan 15 peratus kos lebih rendah bagi setiap tempat duduk berbanding Q400 standard sebelumnya, yang membawa kepada lebih banyak potensi keuntungan bagi syarikat penerbanga­n,” kata Ketua Program Pesawat Siri Q Bombardier Commercial Aircraft, Todd Young.

“Bagi penghantar­an pada tahun ini, pelanggan pelancaran kami, SpiceJet, akan menjadi syarikat penerbanga­n pertama yang memanfaatk­an operasi pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk yang menguntung­kan dan cekap berikutan pesanannya sehingga 50 pada 2017,” kata Young.

Digabungka­n dengan fleksibili­ti kelajuan unik pesawat Q400, penyelesai­an segmen baru sesuai untuk pasaran turboprop yang berpermint­aan tinggi dan akan meningkatk­an lagi hubungan ekonomi antara bandar kecil dan hab utama.

K o n f i g u r a s i i t u merupakan satu lagi langkah peningkata­n berterusan Bombardier terhadap pesawat Q400nya.

Maklumat lanjut boleh didapati di https:// www. bombardier.com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia